Untuk pengetahuan semua SCRUT ARMY ini diilhamkan oleh seorang kawan Uncle, dia seorang “callman”. Masa tu bos Uncle duduk memecahkan kepala mecari data kereta terpakai tempatan (local used car).
Sahabat Uncle ini kasitau,
“Takpa. Kami kasi gambar-gambar kami untuk bantu SCRUT bina pengkalan data yang ada integriti.”
Diorang bagi percuma. Cumanya, bos Uncle cakap, takkan percuma. Kita bayarlah duit kopi sikit. Lagipun nanti kita akan jual. Kita sama-samalah buat duit. Iti sebablah kami bayar.
Yang pasal laporan odometer pula. Pengikut kami di sini yang kasitau. Masa dia jual bacaan 180,000km, dia tengok dekat “used car dealer” dah jadi 87,000km. Jadi, dia cadangkan untuk pemilik yang jujur buat laporan.
Sebab kadang-kadang penjual nak “cover line” dia “taichi” ke pemilik mereta yang tipu dia. Pemilik kereta nak jual harga tinggi. Dia pusing meter. Penjual play victim. Salahkan pemilik. Maka, lahirlah laporan bacaan “mileage” tu.
Demikianlah lahirnya projek SCRUT ARMY ini. Namun setakan ini, kami dah bayar lebih RM30,000. Alhamdulillah. Rezeki kita kongsi sama-sama..
Persoalan abang ini. Ada ke yang nak berhenti, terserahlah. Tapi, asasnya untuk mereka yang biasa tolong kemalangan. Itu sebab kami sebut “callman” dan “rider”. Konsepnya adalah, tidak salah untuk buat. Sambil menyelam minum air. Sambil tolong orang, buat duit kopi.
Betul tak?
Bagi mereka yang rasa tak berbaloi. Jangan buat. Anda bukan target market untuk projek SCRUT ARMY ini.
Kenapa tak boleh bayar RM50?
Data SCRUT ARMY bukanlah satu-satunya data yang akan digunakan dalam SUr (SCRUT USEDcar report). Data-data lain juga ada kos. Setiap data yang digunakan, tidak boleh digunakan terus ada proses “data cleaning”, “data crunching”, dan kemudian kita simpan. Semua itu kos.
Ada nak taja kami server percuma?
Admin kami gaji RM2500 seorang. 2 orang dah RM5000 sebulan. Itu pun kos juga.
Siapa yang ikut perjuangan SCRUT pasti tahu kami sedang bangunkan SCRUT AI untuk kenal jenis kerosakan kemalangan. Siapa yang faham pasti tau. Server untuk “run” AI bukan murah. Gaji “developer” bukan murah.
Tapi takpalah. Kalau ada yang kata tak berbaloi. Mahal dan lain-lain. Uncle cadangkan, yang cakap banyak tu buat dulu. Kemudian bagi je SCRUT jadi “reseller”. Korang bangunkan dulu.
Uncle minta maaf kami memang tak mampu. Kakau ada yang mampu. Buatlah. Nanti bagi kami tolong jual je.
Boleh kan?