fbpx

Jebon – Penjual kereta yang cuba menjatuhkan scrut!

Admin
in Uncategorized
Jun 7 ยท

Ada seorang penjual kereta, nama dia Jebon, dari semalam dia meroyan di wall SCRUT ini duk pertikai data SCRUT tak tepat. Hampir setiap post Uncle dia komen cerita pasal data SCRUT tak tepat. Kononnya menzalimi dia.

Tak cukup dengan komen di post-post Uncle, dia siap mesej Uncle. Uncle ingat dah selesai. Rupanya, dia meroyan lagi dekat komen-komen. Sampai post Lan Skoda pun dia nak cerita pasal kononnya data SUr tak tepat. Lagi membuatkan Uncle rasa pelik, sebab dia sampai contact kawan-kawan bos Uncle.

Ceritanya begini. Dia ada jual kereta FD2R. Kononnya customer dia taknak beli sebab dalam laporan SUr, hanya tertulis Civic biasa. Bukan type-R. Dia tak tunjuk full report pada waktu ini. Dia cerita customer dia taknak beli sebab itu. Setelah Uncle explain, dia ok, tapi masih meroyan di komen-komen.

Dia macam ni. Rasanya dia pun tahu. Ramai orang tahu. Memang ada orang dia nak jimat bayar insurance, dia declare spec rendah. Perkara ini maaruf dan dah maklum. Cuma dia tiba-tiba buat tak tahu pula, padahal dia dalam industri automotif sudah lama. Uncle dengar dia baru dapat AP kereta recond!

Uncle rasa kalau disebabkan spec kereta, tak susah pun nak explain. Uncle rasa kita boleh terima je. Betul tak? Ramai orang buat. Uncle punya Myvi auto pun, Uncle declare Myvi manual. Murah sikit bayar insurance. Gaji admin RM2500 saja.

Dan telah dinyatakan banyak kali. SUr ini fokusnya adalah laporan kemalangan. LAPORAN KEMALANGAN. Spec apa semua, check dengan JPJ lah. Sebab kita semua tahu yang kadang-kadang pilihan dalam sistem insurance yang takda, atau pemilik kereta nak kurangkan kos bayar insurance.

Kalau disebabkan laporan spec seperti itu. Buat jela balik insurance baru. Letaklah spec yang sebenar. Apa masalah? Kenapa nak meroyan tak henti-henti.

Simple!

Tapi bila melihat si Jebon ni lebih-lebih. Uncle pun buka sistem. Sebab sebelum ini dia tak screenshot penuh. Tahu tak apa Uncle jumpa? Kereta yang konon customer dia taknak beli tu. Kereta total loss! Kereta accident!

Jadi, Uncle rasa customer dia taknak beli sebab itu. Bukan sebab spec lain dengan geran. Itu semua boleh cerita. Kita yang ada kereta ni tahu dan faham trick itu semua. Uncle percaya isunya adalah kereta itu adalah mereta accident total loss. Mungkin sebab accident total loss ini mungkin beyond economic repair, kena adjust insurance ke. Entahlah..

Kalau kata tak boleh jual, mari jual dekat Uncle murah-murah sudah. Kereta dah accident macam tu. FD2R memanglah orang pakai buat merembat. Takkan buat jalan-jalan petang kan? Uncle boleh buat kereta track!

Jadi, Uncle tunjuk laporan kereta tersebut secara terbuka. Kalau bos Uncle nak pecat Uncle lepas ini pun. Uncle tak kisah. Inilah post terakhir Uncle!

Uncle nak ingatkan sahabat-sahabat sekalian. Hati-hatilah dengan penjual kereta ini. Orang yang sedaya upaya cuba mempertikaikan usaha SCRUT ini, biasanya ada masalah jual kereta accident!

Uncle nak ingatkan semua seller-seller usedcar, jangan sampai Uncle pergi ke kedai-kedai korang, Uncle check 1 per 1 kereta-kereta korang!

Sekian. Tangguh dengan tasbih kaffarah..

Uncle Awang

Tua tapi masih gagah!

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid0HfsxkCJZunhkEtVf8MQbLuSaFz7euZHHdupT5A69cEKaACkdCkaMJEZxc4ULv5Tml

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with