fbpx

Masa nak jual baru tahu!

Admin
in Uncategorized
Jul 5 ·

Kita semua dah maklum, sindikit kereta kemalangan dan total loss ni wujud. Puak ni, diorang beli kereta accident sebab murah. Diorang boleh repair, diorang ada barang. Diorang ada cara nak lepas puspakom dan insurance.

Asasnya nak jual kereta apa pun takda isu. Asalnya pembeli tahu. Pembeli dah diberitahu status dan sejarah kereta tersebut, pembeli terima dan redha. Pembeli setuju dengan harga, akad adalah sah.

Isunya adalah, pembeli sebenarnya tidak diberitahu, pembeli ditipu, pembeli rasa ditipu dan pembeli teraniaya. Itu sebablah mereka marah. Kalau dia dah tahu, dia takkan marah.

Solusi SCRUT adalah kepada pembeli, bakal pembeli dan mangsa penipuan. SCRUT tak suruh penjual kereta pakai SCRUT. SCRUT hanya “empower consumerisme” sahaja.

Hak pengguna untuk tahu status dan sejarah kereta sebelum dibeli. Kita takda lemon law lagi. Bagilah masyarakat “exersize” hak mereka. Kenapa kaum penjual nak merentan? Kalau takda masalah, kenapa nak kacau SCRUT?

😉
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid0Y34PG3qvWABsbuiGwddGZfFUvnM2iszbEs8JUMxjrGWCQEGvzpTbdBPxCXpFk78tl
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with