fbpx

Bagaimana scrut boleh membantu anda melawan kapitalis jahat penjual kereta recond dan terpakai

Admin
in Uncategorized
Jul 5 Β·

Ada 2 kategori pertolongan :

1. Sebelum beli.

2. Selepas terbeli.

SEBELUM BELI

=============

Jika anda belum beli kereta. Pastikan anda telah buat carian laporan di SCRUT. Kalau takda laporan atau nak lebih detil. Bawa ke SCRUT untuk buat inspection. Setelah itu, buatlah keputusan sama ada nak beli atau tidak, nak nego lagi harga atau tidak. Itu kepusan sendiri.

SELEPAS TERBELI

===============

Jika sudah terbeli. Rasa ditipu? Pastikan dokumen lengkap. Bukti-bukti laporan sebelum dibeli oleh kedai kereta itu. Gambar, mileage dan claim itu dan itu seperti β€œaccident free”.

Buat carian laporan di SCRUT dan buat inspection di SCRUT untuk mendapatkan laporan. SCRUT akan berinteraksi sebagai independent third party expert yang akan memberikan pandangan.

Buat laporan polis nyatakan anda telah ditipu, teraniaya dan mengalami kerugian untuk rekod. Kemudian buat tuntutan di tribunal pengguna jika kos kerugian tidak melebihi RM50,000.

Bagaimana kira kos kerugian. Mudah sahaja, kos anda telah repair kereta tersebut + quotation nak repair + kerugian lain. Itulah nilai korang boleh cuba tuntut.

Simpan segala bukti kos repair dan kerugian anda. Minta mana-mana bengkel untuk keluarkan quotation untuk repair kereta anda. Jika terbeli kereta accident, tuntutlah sesuai dengan nilai anda rasa rugi.

Ketika perbicaraan. Panggil pihak SCRUT untuk hadir memberi persaksian dan penerangan untuk membantu keadilan ditegakkan. InsyaAllah, pihak SCRUT akan hadir.

Kerana SCRUT adalah perjuangan..

SCRUT tak sama dengan platform lain..

Namun, jika tuntutan ganti rugi anda melebihi RM50,000. Kena buat saman sivil. Itu pun pihak SCRUT boleh tolong guide dan consult..

Takkan SCRUT jahat kot?

πŸ˜‰
πŸ˜‰
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid02KaJgPa7H85pFRa3iw4VTVJXCN5jZhLHNVaJEokVFAKVjnNCz8TnkwrXGHoPrxzc7l
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with