fbpx

Apa beza scrut dengan yang lain?

Admin
in Uncategorized
Jul 5 ·

Selepas SCRUT lahir. Adalah 2-3 syarikat lain pun buat servis yang sama iaitu menjual laporan kenderaan. Jadi, Uncle nak ceritalah sikit kisah ini supaya korang tahu beza SCRUT dan yang lain.

Pada sekitar bulan 8 tahun 2019, selepas SCRUT lahir. Ada seorang kawan. Dia dulu buat portal kereta dan “car listing”, tapi gagal.

Dia ada bawa kawan dia, datang jumpa bos Uncle, Aliff dan Nik. Dia ajak SCRUT “jv” dengan beberapa syarikat penjual kereta untuk buat “car listing” dengan sokongan SCRUT.

Kami terpaksa menolak pelawaan tersebut kerana kami taknak “associate” atau terlibat dengan kartel penjual kereta. SCRUT nak kekal bersama “consumer”, nak kekal bersama masyarakat.

Selepas beberapa bulan. Kawan itu juga buat servis yang sama dengan rakan lain seperti SCRUT. Jual data kereta recond. Takpalah, rezeki masing-masing. Cuma Uncle skeptikal sedikit dengan dia.

Tawaran-tawaran kerjasama dengan kapitalis yang kami tolak. Semua dia ambil. Mungkin SCRUT yang terlalu tegas (strict) kot. Atau mungkin SCRUT yang terlalu menjiwai nasib mangsa-mangsa-mangsa penipuan ini. Entahlah..

Itu sebablah bila orang datang bawa report daripada syarikat lain, kami diarahkan untuk jangan komen. Jawapan kami mudah,

“Kami tak komen laporan orang lain.”

SCRUT tak boleh setuju atau tidak. Kalau sama dengan SCRUT, kami setuju. Kalau lain, kami takkan komen. Itu pun SCRUT masih cadangkan buat Sii. Kasi puas hati.

Contohnya macam 1 kes baru-baru ini. Dia beli laporan dengan pihak lain dapat gred 5. Itu pun dia panggil “SCRUT report” padahal bukan laporan daripada pihak SCRUT. Tapi kereta dia macam ada isu. Dia datang marah-marah, sekali bila semak silang (cross check) dia beli laporan dengan pihak lain.

Lepas semak dalam SCRUT, laporannya tiada. Kami cadangkan buat Sii (SCRUT integrity inspection) kasi puas hati. Jumpalah macam-macam isu lain yang tak sepatutnya ada pada kereta bergred 5.

Demikianlah kisahnya. Tapi takpa. Siapa yang tak suka SCRUT, boleh cari inisiatif lain. SCRUT bukan segala-galanya. Setiap orang ada pilihan dan citarasa yang berlainan. Cumanya, data SCRUT tak statik. Data SCRUT “evolve” dengan gabungan data-data lain termasuk data “crowd sourcing”.

Cumanya, kami ini boleh bantu sampai masuk tribunal atau mahkamah. Kami bukan sekadar jual data. Kami boleh jadi saksi untuk hadir ke mahkamah. Rasanya syarikat lain tak buat ni.

Sebab SCRUT adalah perjuangan. Alang-alang mandi, biar sampai basah. Itulah sebabnya mana-mana mangsa yang nak lawan balik, SCRUT akan bagi sepenuh sokongan.

Sudah lama kita ditipu, ditindas, dipijak dan dibuli. Cukuplah.. Rakyat kena jaga rakyat. Kita jaga kita. Kita bukan jaga kapitalis jahat kereta recond atau terpakai. Bukan juga jaga kapitalis jahat yang hidupkan kereta total loss tanpa kasitau pembeli.

Jadi, kalau korang tengok orang yang ganggu SCRUT tu tahulah siapa diorang. Takda mana-mana kedai usedcar, recond, atau kedai ketuk no chasis yang suka SCRUT.

Kalau SCRUT mati, dioranglah paling gembira! Boleh jual kereta total loss, kereta accident dan tipu mileage.

Kan?

😉
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid02jbiZbQmkC82uNXbWaEpFKzupbSVrenwashFvfCrnzUVBic5cWViUre9iTeMvAxTel
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with