Sebenarnya Uncle yang cadangkan untuk mana-mana penjual kereta yang rasa dia jujur dan tidak pernah menipu untuk buat sumpah mubahalah tersebut. Rujuk :
https://www.facebook.com/share/a1cL78WydWU8zMhK/?mibextid=WC7FNe
Sumpah mubahalah adalah sumpah laknat. Sumpah laknat adalah sumpah yang diakhiri dengan kelaknatan terhadap diri sendiri sekiranya berdusta.
Clear?
Jadi, jika Amir Gigil seorang penjual kereta yang jujur dan tauke-tauke Amir juga manusia-manusia yang jujur. Takyah nak merepek-merepek dan melalut-lalut. Buat sahaja mubahalah tu. Kenapa takut
Kenapa takut nak buat? Pasal Admin Bro SCRUT pakai topeng? Admin Bro SCRUT adalah admin SCRUT, dia mewakili SCRUT. Jadi sesiapa yang jadi admin SCRUT, dia boleh jadi Bro SCRUT.
Yang patut diambil kira adalah konteks, bukan topeng. SCRUT adalah entiti hidup. Ada pemilik. Bukan hantu atau bunian. Boleh kena saman. Kalau rasa SCRUT ada fitnah kau, samanlah.
Ringkas.
SCRUT tak perlu tumpang populariti Amir Gigil. Apa kejadah SCRUT nak berpaut dengan kaum penjual. Perasan betul Amir Gigil tu. SCRUT hanya bertindak responsif sahaja.
Yang Uncle tahu Amir Gigil yang cuit SCRUT dulu. Cuit SCRUT untik dapatkan capaian dan kumpul segala pembenci SCRUT. SCRUT cuit Amir buat apa?
Memamg sudah maaruf masyarakat dah kena tipu selama ini dengan kapitalis kereta recond dan terpakai. Takda siapa yang taktau. Betul tak?
Jika Amir Gigil tidak berani nak buat sumpah laknat seperti yang Uncle cadangkan. Takpalah. Tahulah Uncle yang Amir Gigil tiada beza dengan penjual kereta yang lain.
Jadi, takyahlah sembang nak sama-sama menjaga hak pembeli. SCRUT tak boleh bekerja sama dengan penjual kereta. Kalau nak berkerja sama dengan SCRUT, antara syaratnya adalah kena buat sumpah mubahalah dulu.
Kalau betul bersih, buat saja. Kalau tak pasti, ragu-ragu jangan buat. Sangat bahaya. Sesiapa nak beli kereta dengan Amir Gigil, pastikan SCRUT dulu sebab dia tak berani mubahalah!
Ada mana-mana penjual kereta terpakai atau recond Muslim yang berani buat sumpah mubahalah untuk mengangkat kepercayaan masyarakat?
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid02XHiNSBs9rpjgAjn38M4GafHQtzW5rJ56yVVE8AtCK5RwC798kJLZJHvRxbiD1avFl