fbpx

Penjual kereta tanya kepada bakal pembeli kereta,

Admin
in Real Story
Aug 16 ·

SIAPA SCRUT?

SIAPA IKTIRAF SCRUT?

KENAPA NAK PERCAYA SCRUT?

KERAJAAN IKTIRAF SCRUT KE MACAM PUSPAKOM?

TAK CUKUP KE JPJ?

Sebenarnya, lama dulu bos Uncle dah jawab isu ini masa zaman SCRUT mula-mula lahir. Inilah isu yang dimainkan oleh mereka-mereka yang takut dan benci dengan kelahiran SCRUT.

Beginilah, Uncle nak mulakan jawapan dengan soalan balik.

Boleh?

SCRUT lahir pada tanggal 13 Mei 2019. Ketika itu JPJ DAN PUSPAKOM sudah pun wujud.

Betul?

Sebelum kelahiran SCRUT, adakah kita semua TIDAK ditipu oleh kapitalis jahat penjual kereta recond dan usedcar di Malaysia?

Adakah dengan WUJUDnya agensi-agensi kerajaan selama ini telah menyelesaikan masalah penipuan yang telah membarah berdekad lama dalam industri ini?

Ya, benar tiada agensi kerajaan yang mengiktiraf kami. Namun, tribunal dan mahkamah telah menerima persaksian kami di dalam perbicaraan. Bahkan kemenangan telah diberi kepada pihak yang menuntut dengan bantuan SCRUT.

Jadi, SCRUT secara tidak langsung telah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia melalui sistem perundangan negara. Tidak cukupah lagi?

SCRUT hanyalah “third force independent party” yang boleh menjadi pilihan kepada rakyat dan masyarakat untuk mengelak daripada ditipu dan melawan jika telah ditipu.

Siapa nak percaya SCRUT, silakan. Taknak percaya SCRUT pun takpa.

Uncle nak tanya balik korang,

Nak percaya SCRUT ke, penjual kereta?

😜

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid031AUJnbbMGiEX7ivjedxYKYL4LSorM46aNxMvPXUZsGqBrDWBs5KEo69mxu4tXL6Xl

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with