Pertama :
1. Untuk menjalankan Sii, mesti menggunakan 4 post hoists (pengangkat 4 kaki). Kerana dalam SOP kami, kereta mesti diangkat supaya sistem suspensi, roda dan gandar dalam keadaan menampung berat kereta. Barulah segala kebocoran dan susut nilai (wear & tear) dapat dilihat.
2. Segala peralatan dan mesin yang digunakan lebih lengkap di pusat pemeriksaan SCRUT.
3. Keadaan inspektor lebih merdeka tanpa gangguan dan pengaruh penjual mahupun pembeli.
Pihak kami faham tentang perangai pihak penjual yang tidak membenarkan kereta dibawa untuk pemeriksaan. Tapi kami hairan, buat pandu uji (test drive) boleh pula.
Jadi, apa masalah dibawa ke SCRUT Auto untuk buat pemeriksaan Sii? Pasang “trade plate” bawa jelah. Atas sebab itu, kami merasakan yang penjual yang takut atau ragu-ragu nak membenarkan kereta yang dijualnya dibawa ke SCRUT, pasti ada masalah.
Kenapa takut kalau kereta takda masalah? Kami nasihatkan kalau pihak penjual tak bagi bawa ke SCRUT, korang tinggalkan sahaja. Jangan beli dengan dia. Banyak lagi kedai lain yang bagi bawa ke SCRUT.
Kan?
Original post: https://www.facebook.com/myscrutauto/posts/pfbid0cSrZL3TExbytcZp1xR8pbD4hnVa3tAiuBSacq1hztHHMZ2tkxnPM28BUA1N57aDtl