fbpx

Boleh ke scrut kena “Kawtim”?

Admin
in SCRUT On Media
Aug 30 ·

Jawapannya TAK BOLEH. SCRUT takkan boleh kena kawtim. Melainkan korang boleh kawtim dengan boss Uncle, Tuan Nik Izwan Kamel dan Tuan Aliff Ahmad. Kalau boleh lah..

Namun, orang yang bekerja dengan SCRUT ada kemungkinan boleh di-kawtim. Pekerja-pekerja di SCRUT tidak maasum. Mungkin boleh dibeli. Namun, kesalahan pekerja tidak mencerminkan ia prinsip, SOP dan ajaran SCRUT.

Ia adalah sebuah pengkhianatan yang boleh berlaku. Sama seperti penjual kereta. Walaupun terlalu banyak penjual kereta yang menipu, namun kita tidak mengambil pendirian menghukum individu atau kedai terbabit. Melainkan individu atau kedai itu yang menyerang SCRUT.

Kita SCRUT kereta sahaja!

Begitu juga rasuah yang berlaku dalam negara, agensi kerajaan, korupsi sana sini, tidak juga kita boleh menyalahkan agensi tersebut 100%. Kritik, boleh kritik tiada yang maasum.

Itu sebablah di pihak pengurusan tertinggi yang diketuai oleh Tuan Aliff Ahmad sentiasa membuat revisi SOP data integriti dan SOP flow inspection supaya meminimumkan peluang pengkhianatan dan ruang berlakunya korupsi.

Uncle difahamkan, SCRUT sedang menubuhkan BOI (Board of Integrity) yang akan menyelia dan memantau setiap SOP kerja SCRUT untuk memaksimumkan tahap integriti kerja SCRUT.

Uncle menyambut baik penubuhan BOI ini. Apa pandangan korang? Siapa yang korang nak cadangkan untuk duduk di kerusi BOI SCRUT? Bagi nama tuan-tuan!

😉

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid025g3EmuskwHf3YwbKVW3ZigbbgU4YhPxBYpPxchsNYJpyJHyvvizWad1J3mTF9vvYl

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with