fbpx

Pegawai scrut diugut dan diancam.. Laporan polis telah dibuat!

Admin
in Real Story, SCRUT On Media
Aug 30 ·

Pegawai SCRUT telah buat laporan polis selepas dia diugut oleh seorang salesman (penjual kereta). Uncle masih nak jaga nama dia dan syarikat dia. Tapi kalau betul-betul dia masih nak ganggu kami, Uncle tak teragak-agak lepaskan laporan polis tanpa sutingan (edit).

Ceritanya, pelanggan dia yang bayar dan minta kereta yang dia nak beli itu untuk di-SCRUT melalui pemeriksaan Sii (SCRUT integrity inspection) di Scrut Auto. Maka, pasukan SCRUT di sana buat jela kerja macam biasa.

Habis inspection (pemeriksaan Sii) sistem hantarlah kepada pelanggan yang buat bayaran tu. Ya, kereta itu memang agak teruk. Tapi, polisi SCRUT tidak akan memberi nasihat untuk beli atau tidak. Keputusan beli atau tidak itu mutlak milik pelanggan.

Rupa-rupanya, pelangannya telah membatalkan hasrat hendak membeli kereta tersebut. Pihak kami taktau. Ketika seorang pegawai kami hendak keluar solat Jumaat, dia telah ditahan dan diugut.

Dia ajak kautim asalnya, minta adjust siap kasi no telefon. Apabila pegawai kami tidak layan. Dia marah. Itu yang dia mula ugut. Siap ugut nak pakat ramai-ramai kasi bad review di Google review. Jadi, kalau korang tengok banyak review buruk, korang faham-fahamlah. Korang tolonglah kasi review baik banyak-banyak.

Tadi petang, pegawai SCRUT itu mengadu kepada bos Uncle. Uncle baru tahu tadi bila bos kasitau. Uncle memang panas hati. Dah kenapa kau nak kacau anak-anak buah Uncle kat sana?

Jadi, korang tahulah betapa SCRUT ini dibenci oleh penjual kereta. Jadi, pastikan korang SCRUT dulu sebelum beli. Buat inspection dengan SCRUT supaya korang tahu keadaan sebenar kereta yang korang nak beli.

Taknak kena tipu beli kereta? SCRUT dulu!

Nak percaya SCRUT ke, penjual kereta?

SCRUT for the TRUTH!

Doakan kami tau..

;(

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid0351hq55nVyCW7d2Uu1AUZSchxji2ucfh65TxTJNs9rkuT3WT1SavJpFsohv9gaxxhl

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with