(Gambar kejadian kemalangan bukan berlaku di SCRUT AUTO, hanya gambar hiasan.)
Admin telah ditunjukkan dengan gambar ini oleh seseorang, dia tanya,
“SCRUT AUTO kalau jadi macam ni, apa korang akan buat?”
Biar admin jawab berdasarkan pengalaman admin dahulu. Sebab admin pernah jadi mangsa kes macam ni suatu masa dahulu. Maksudnya kemalangan di dalam bengkel masa admin muda-muda di Johor dulu.
Biasanya pihak bengkel akan sorok kes ini, akan cuba perbaiki sendiri. Selalunya juga, kalau teruk, pihak bengkel akan mengubungi pemilik kereta, minta maaf dan minta pemilik kereta “claim” insurans keretanya.
Jadi pemilik kereta akan kerugian NCD insurans keretanya. Nanti masa nak “renew” insurans jadi mahal sikit. Walhal bukan salah dia. Kan? Tapi, demikianlah realiti.
Namun, di SCRUT AUTO, bos admin tidak suka melakukan hal tersebut. Di SCRUT AUTO, setiap “bay” penyelenggaraan dan pembaikan terdapat 1 kamera litar tertutup (cctv) yang akan sentiasa diperhatikan oleh bahagian audit dan integriti SCRUT.
Dalam masa yang sama, SCRUT AUTO juga melanggan insurans (takaful) kemalangan dan liabiliti bernilai RM2 juta. RM1 juta untuk kemalangan dalam premis, RM1 juta lagi untuk kehilangan atau kecurian.
Tak cukup dalam bengkel kita “cover”, masa “test drive” pun SCRUT AUTO cover dengan “trade plate” insurans sebanyak RM300 ribu. Maklumlah, kita taktau apa akan jadi. Malang tak berbau kan? Kami pun tak sempurna. Tak lari daripada buat kesilapan. Kan?
Tapi, sekurang-kurangnya, pihak kami dah cuba yang terbaik untuk memberi nilai kepada para pelanggan kami. Bukan saja tempat kami ada “compund” (kawasan) berpagar sendiri, bahkan kami cuba jaga risiko kami supaya tidak akan menyusahkan pelanggan kami.
Kami sentiasa berusaha untuk memastikan pelanggan-pelanggan kami tidak pening kepala dengan risiko-risiko yang ada sebab kami sendiri tidak mahu peninglah kepala kami dan pelanggan-pelanggan kami.
Admin lampirkan dokumen-dokumen polisi insurans yang kami dah langgan untuk para pelanggan kami.
Taknak pening kepala? Hantar servis dan “repair” kereta anda di SCRUT AUTO!
Eh, PIDM pun “cover” sampai RM250k saja kan?
Original post: https://www.facebook.com/myscrutauto/posts/pfbid02556qrES6L6kJMVonrpMXMLyLq9UUEvSSW5QmKoF7UPnxcWpHZVmPtGuwXs1rLp7Zl