fbpx

Apa yang kita boleh belajar daripada kisah Pedro..

Admin
in SCRUT On Media, SCRUT Tips
Oct 11 ยท

Pedro ialah peminat kental Honda Type-R. Dia nak barang ori sahaja. Dia telah beli barang Type-R yang dikatakan penjual sebagai barang ori.

Dia beli dan bayar harga ori. Setelah dia pakai, dia mendapati barang tersebut fake. Dia menghubungi penjual. Penjual kata ori. Setelah dia buat balik kajian, dia dapati ia fake.

Penjual mengaku ia fake. Penjual nak refund separuh. Barang kasi dia. Pedro taknak barang fake. Pedro bukan level budak Honda Megi atau Honda Jebon yang pakai barang fake.

Pedro tuntut full refund. Penjual taknak bagi. Sampailah Pedro tulis dalam group Type-R. Barulah penjual setuju nak bagi full refund.

Dengan syarat, Pedro remove hantarannya. Tapi suruh refund dulu. Penjual refund sebahagian dan hantaran itu di-remove group.

Penjual gembira. Penjual taknak refund full. Pedro masih lagi kerugian. Jadi, Pedro terus lawan. Dia tuntut hak dia saja.

Penjual ada balas yang puak diorang (bangsa penjajah) ni pun penipu juga dan meng-yehede-kan Pedro untuk justifikasi penipuannya.

Fakta jelas. Barang itu fake. Pedro tertipu dan dah bayar harga ori. Kalau Uncle lah, Uncle bagi full refund je. Rugi pun, rugilah. Penjual tu kata dia kaya.

Uncle sokong perjuangan dia. Sebab sama macam SCRUT. Lawan scam. Lawan penipuan. Sebab takda beza dengan penipuan penjual kereta terpakai/recond.

Pedro kena tipu dengan penjual barang Type-R kerana sangkaan barang itu ori. Masyarakat kita kena tipu dengan penjual kereta terpakai/recond dengan sangkaan kereta yang dibeli itu elok seperti yang dikatakan penjual. Tiptop condition, accident free, low mileage, dan lain-lain.

Uncle kadang-kadang rasa kelakar dengan keletah wala-wala yang sanggup menjadi scam-enabler. Tapi, Uncle tak pelik. Ayah Pin dan Haji Kahar pun boleh ada pengikut kan?

๐Ÿ˜œ

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid024d86fr8iSxLeeEbb2FZ6x9zvzoKKJVfoAqsMHB5eY9VbbZWxGydUyRrxzTc2bPGUl

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with