Apabila Uncle terbaca orang screenshot kata SCRUT menipu. Terus Uncle tahu dia menipu. Apa sebab? Sebab SCRUT tak pernah menipu. Kalau takda report, kalau dihubungi, mesti kami refund.
Tapi kalau report dah keluar. Kalau salah korang sendiri. Takkan kami nak refund. Kos dah jalan. Kalau kami menipu, beli report tak keluar report, mesti beribu dah orang kena tipu.
SCRUT ni jual report. Bukan fake hood claim ori. Kalau ada report, adalah. Kalau takda, silap kami, kami refund je balik. Tak refund separuh kalau memang salah kami. Full refund. Pasti!
Lepas Uncle terbaca nama individu bernama Ajib Hilux kata SCRUT menipu. Uncle rasa nak kasitau bos Uncle je. Saman fitnah. Tengok apa dia boleh buktikan dalam mahkamah nanti. Mau melalak nanti.
Bila Uncle klik profil dia. Oh, kawan Mat Jebon, penjual kereta yang koyak dengan SCRUT. Budak Honda Megi. Padanlah beriya nak jatuhkan SCRUT. Hari ini ada orang bangkit balik komen dia. Ini kali Uncle confront dia. Merata dia komen selama ni.
Uncle juga dah tanya team technical dan team support untuk persediaan.
Cerita dia macam ni. Dia beli report secara online. Dia daftar pakai email [email protected], dia bayar pakai email yang sama. Tapi, masa dia login, dia login pakai Facebook. Jadi akaun baru, akaun lain. Report dia ada dalam akaun email tu.
Dia tak jumpa report dia, dia meroyan. Dahlah tak contact support. Uncle dah check email admin. dia takda email. Dalam mesenger pun takda. Tiba-tiba maki SCRUT, fitnah SCRUT di atas kebodohan diri sendiri.
Dah beribu user pakai SCRUT ni. Dah beribu report keluar. Dah hampir 5 tahun sistem SCRUT berdiri. Kalaulah kami menipu, berapa ramailah kena tipu. Pasti dan pasti SCRUT takkan survive sehingga hari ini.
Kalau taktau, tanya. Kalau tak faham, rujuklah dulu. Jangan fitnah. Jangan merentan lebih. Lepas dia kantoi, dia delete komen tersebut. Dah malu lah tu. Selekeh betul perangai.
Ni report dia!
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid02eJuWQLT7ghdhoNBpxhgQR3zreasMyxvE48vtqkq3eooBm3vHmCkDoaDLCi9s2r3sl