Ada orang tanya Uncle, macam mana seseorang itu tipu jual kereta recond/second sambil tunggang tuhan?
Macam ni, untuk kereta recond, dia beli kereta accident gred R, high mileage. Sampai Malaysia dia cuci elok, dia pasang plastik kasi nampak macam baru, lepas tu dia iklan jual kata gred 5, low mileage, orang Jepun tak pakai kereta.
Kereta second (terpakai) pula, dia beli kereta total loss, dia repair elok-elok, cat elok-elok, pusing mileage siap-siap. Lepas tu iklan kata tiptop condition, accident free, low mileage, lebai owner.
Tapi, bab tunggang tuhan tu Uncle tak reti. Mungkin korang boleh belajar dengan sahabat Uncle seni menjual dia. Dia memang dikenali tahap antarabangsa, seantero dunia seni dia menjual dan menipu.
Demikianlah..
https://www.facebook.com/watch/?v=1230373461609345
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid02SZtKA2PmEmMndVpm1MVKgpGph5ikhqZ9UB2bAtVQszqcbW93u6XqSntsu5yhJRKhl