fbpx

Abang ini terselamat daripada terbeli kereta “total loss”..

Admin
in SCRUT On Media
Dec 6 ·

Kereta terpakai yang dia hendak beli direkodkan terlibat dengan kemalangan “Own Damage – Contstructive Total Loss (OD-CTL)”.

Apa maksud OD-CTL. Own damage maksudnya sendiri kemalangan. Mungkin dia sendiri terbabas. Contstuctive Total Loss maksudnya, A constructive total loss for a vehicle refers to the extensive damage caused to the vehicle that amounts for repairs would equal or surpass the insured value.

Maksudnya kemalangan yang sangat teruk sehingga nilai nak memperbaiki kereta tersebut sama atau lebih daripada nilai yang diinsuranskan.

Kenapa ia dipanggil total loss? Sebab ada kemungkinan, rangka badan kereta (chasis) dah retak (crack) atau sudah bengkok. Bagi insurans, dia dah tak kisah. Dia tunaikan apa yang dah dimetarai dengan pelanggan sahaja. Jadi, kerja kitalah mempertimbangkan kalau nak beli kereta yang dicop total loss ini.

Telah banyak aduan kepada SCRUT yang beberapa kes kereta yang tidak boleh tukar nama, bila di semak dengan SCRUT Usedcar report (SUr), kereta tersebut pernah dilaporan Total Loss BER dan Total Loss CTL.

Bagaimana boleh lepas pemeriksaan tukar nama di Puspakom dulu, Uncle pun taktau..

Jadi, hati-hatilah..

😉

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid0LnW62rW3eS3T6R2Q52V47MBMnCW2jdRD4TAAd5vzxYs8UNsCgbXtZWkY12UQhZ8tl

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with