fbpx

Kenapa penjual kereta recond ini mengerang macam sembelit selepas 1 tahun?

Admin
in Real Story, SCRUT On Media
Jan 10 ·

Kelakar..

Selepas satu tahun, baru dia nak balas soalan Uncle dan dibalas dengan bahasa budak-budak tak lulus SPM Bahasa Melayu. Korang rujuk gambar 2.

Yang menariknya dia terus memberi komen di ruangan komen lain dengan kenyataan SCRUT nak “collect” duit orang saja. Macam dia tak menipu.

Baik..

Uncle nak jawab..

Memang SCRUT takkan menipu. Itu sumpah yang telah kami lafaz kepada Allah. Itu pasti. Pasti dan sangat pasti. Taktahu lah penjual recond ini macam mana.

Tapi, daripada frasa “macam dia tak menipu” seoalah-olah mengiyakan dia seorang penipu dan menjadikan menipu itu normal. Maksudnya dia dengan SCRUT sama-sama menipu.

Tidak! Pasti tidak sama!

SCRUT tidak dilahirkan untuk menipu masyarakat! Tidak berdiri untuk berbohong! Bahkan SCRUT sanggup berdiri teguh di belakang mana-mana mangsa untuk menegakkan kebenaran.

Naik turun court, kena ugut dan ancam. Tolak untuk kawtim. Dan macam-macam lagi. Jika SCRUT hendak cashout awal, tawaran berjuta dulu, SCRUT dah ambil.

Cuma Uncle tertanya-tanya, kenapa penjual kereta recond ini nak hentam SCRUT? Apa jahat yang SCRUT lakukan kepada masyarakat?

Yang lebih pelik, kenapa selepas 1 tahun baru penjual kereta recond ini nak mengerang?

Apa pun, taknak kena tipu beli kereta recond? SCRUT dulu!

ps : Gambar 1 dan 2 adalah kenyataannya. 3,4 dan 5 adalah antara contoh-contoh kereta recond yang teruk dijumpai dibawa masuk ke Malaysia.

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid02tEfKuxm7nZHNFEEjAofcutnadyaKMm7anBMy6Bhtgxk3z7iPEU783aaw9z6XHS4Wl

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with