Bila over-confident letak gam, inilah jadinya…

Admin
in SCRUT On Media
Jul 9 ·

Mercedes-Benz E250 Coupe ni datang ke Scrut Auto sebab owner perasan ada bunyi pelik dari bahagian suspensi. Kita pun terus jalankan pemeriksaan guna mesin goyang legend dan ya, bunyi tu memang datang dari salah satu komponen suspension. Masalah tu kita dah settle.

Tapi masa tengah inspect bawah kereta, kami perasan ada kesan minyak bocor dari bahagian atas enjin. Bila check level, minyak enjin kurang hampir 1 liter.

Customer setuju untuk proceed repair. Bila buka valve cover, nah tengok gambar. Gam sealant tebal macam sapu Nutella! 😵‍💫

Gasket ni baru je ditukar, tapi cara pasang tu yang silap. Letak sealant terlalu banyak bukan je tak bantu, malah boleh buat gasket tak duduk kemas sebab tu bocor balik.

Sekarang kita tengah buat balik kerja ni elok-elok. No more leaking, insyaAllah.

Datang sebab bunyi, balik dengan peace of mind.

#ScrutAuto#MercedesE250#ValveCoverGasket#MesinGoyangPower#CheckSampaiJumpa#KerjaElokBaruLega

Original post: https://www.facebook.com/myscrutauto/posts/pfbid0zNMMv8Y6AuSTAbrWhpMgDHPiBs42VUaWm2dNrhQQ2o2soYzuTNyyit7NqE88mMshl

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with