Lagi kemenangan untuk Marhaen!!

Admin
in Real Story
Aug 26 ·

Ingat tak lagi sebelum ini yang pasukan PakaSCRUT (Pasukan Khas SCRUT) yang memberi advokasi dan khidmat nasihat kepada mangsa penipuan kereta terpakai (recond dan second).

Kereta mangsa tersebut didapati pernah terlibat dengan kemalangan selepas mangsa membuat semakan SCRUT Usedcar report (SUr) dan kemudian melakukan SCRUT integrity inspection (Sii). Sebelum itu, dia menghadapi masalah nak perbaharui innsurans kerata kereta tersebut berstatus “total loss”.

Kereta tersebut juga sering rosak, mangsa telah menghabiskan sebanyak hampir RM20k untuk membaikinya. Jadi mangsa minta penjual buat “settlement” untuk pembiayaannya kerana mangsa sudah tidak mahu tanggu kerugian lagi.

Awalnya pihak penjual kereta buat pekak, taknak layan negosiasi pihak mangsa. Jadi, pihak mangsa tiada pilihan, hanya menghantar surat jemputan untuk lawan di tribunal. Tetapi setelah sampai di mahkamah tribunal, mereka mengubah pendirian dan sanggup buat “buy back” untuk buat “settlement” bagi pihak mangsa.

Alhamdulillah. Semuanya selesai dengan baik. Penjual kereta pun “gentleman” dan tak sembang untuk bertanggungjawab. Uncle bak ucapkan tahniah dan terima kasih kerana menjadi manusia yang bertanggungjawab.

Kalau korang nak elak melalui cabaran dan ujian sebegini, SCRUT dulu sebelum beli kereta. Memang benar kalau dah terbeli pun masih boleh “fight”, tapi berbaloikah buang masa? Uncle tabik hormat kepada anak-anak muda PakaSCRUT yang berani buat servis nk dan berjaya membantu mangsa.

Tak nak kena tipu beli kereta? SCRUT dulu!

Kalau dah kena tipu? Lawan!

Jangan jadi lemah, sayur dan bacul. Kita bangsa ada tuhan ada keiman!

Dah hafal sifir 13 tak korang?

😜

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid0wWpKRwJCVWJBoKX1SZu8BkLqfebXe3SJFZP59LPfcJAXstnG59CjJfVWTwNFqpLMl

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with