Baru-baru ini Bro SCRUT terjumpa satu komen yang menarik perhatian kami. Ternyata, masalah penipuan menjual kereta “total loss” ni dah semakin membimbangkan akibat tiada pemantauan dan kerosakan hati penjual kereta yang sanggup memperjudikan nyawa si pembeli.
Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini ?
1. Yang jual kereta kepada “dealer”?
2. “Dealer” yang menjual kereta kepada marhaen?
Ataupun pembeli yang salah?
Prinsip integriti yang dipegang oleh SCRUT telah membantu banyak pembeli yang dah tertipu untuk mendapatkan kembali hak mereka.
Untuk kes saudara kita ni, beliau adalah pejuang dan Bro SCRUT tabik hormat kerana berani untuk melawan penjual walaupun ambil masa 4 bulan, namun dia MENANG BERGAYA!
Penjual setuju untuk ambil semula kereta tersebut dan selesailah sakit kepala saudara kita ni.
Yang penting! Kebenaran akan menang jua!
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid0ywGQNdCgHjSRBQrknaHbxe1653BB4FfggFAnjv7spwqpS9ufjznefmXP5knrksEXl