Kes selesai! Penjual kereta ini memang “Gentle”. tabik pada penjual kereta ini.

Admin
in Real Story
Oct 3 ·

Masih ingat lagi kes penjual kereta jual kereta “total loss” dan pasukan PAKA SCRUT telah hadir ke syarikat berkenaan untuk menghantar notis kehadiran ke Teribunal atas tuntutan dari mangsa.

Setelah perbincangan yang damai berlaku, (tanpa perlu ugutan, jerit-jerit dan gigil), PAKA SCRUT telah berjaya mendapatkan kata putus dari penjual kereta untuk mengambil semula kenderaan tersebut.

Walaupun penjual tersebut mengalami kerugian kerana perlu membayar nilai tunggakan di bank mangsa, namun penjual kereta itu bertanggungjawab kerana dia cakap dia juga “mangsa”.

Mangsa gembira dan bersyukur kerana beliau terlepas beban selama 9 tahun kalau tidak dah kena tanggung kereta yang dah “total loss” dan banyak kerosakan yang kena baiki.

Jadi! Korang masih nak percaya penjual kereta ?

Atau sebelum nak beli kereta terpakai, SCRUT Dulu?

Fikirkan dan selamat beramal.

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/videos/1873914013344320/

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with