fbpx

Terjumpa Vellfire breakdown tepi jalan?

Detective Scrut
in Media Review
Dec 9 ·

Check mileage baru 60,000km.

Bagaimana?

Dah beli kenderaan recond? Kenapa anda tetap kena mendapatkan kepastian mileage sebenar kenderaan anda?

Mekanik pakar, Mohd Sukri Ridzuan ada terangkan kenapa. Baca penerangan di bawah.

TIMING BELT TERPUTUS? Mileage baru 50,000km?

Tempoh hari saya telah menulis tentang fakta usia kenderaan adalah melalui mileage kenderaan. Rujuk sini :

https://www.facebook.com/737559030/posts/10157261555169031…

Hari ini saya nak kongsikan tentang fakta kenapa mileage sebenar perlu diketahui pula.

Disebabkan mileage adalah petunjuk usia sebenar kenderaan, maka ia juga sangat penting untuk mengetahui maintenance yang perlu dilakukan. Jika manusia perlukan treatment maintenance yang berbeza, begitu juga kenderaan.

Ya, memang benar perbuatan memusing meter tersangatlah tidak beretika dan ia suatu pengkhianatan yang nyata. Terutamanya kenderaan recond yang kelihatan baru.

Pengalaman saya melihat kenderaan recond yang seakan baru, mileage baru 17,000km tetapi keadaan bushing, mounting dan aborber menunjukkan seolah-olah sudah dipakai lebih 100,000km. Yang lebih dahsyat lagi, kenderaan belum 50,000km tetapi timing belt boleh terputus. Sudah pasti meter mileagenya sudah dipusing!

Cuba bayangkan, sebuah kenderaan yang mileage sebenarnya sudah pun mencecah 80,000km tetapi telah dipusing menjadi 20,000km. Apa masalah yang akan berlaku?

Masalah yang paling bahaya adalah si pengguna akan mengandaikan maintenance timing belt perlu diganti lagi 80,000km (bisasanya setiap 100,000km) dek kerana mileage yang dia dapat adalah 20,000km. Hal begini menyebabkan timing belt terputus di saat meter mileage baru 50,000km. Hakikat mileage sebenar telah melebihi 100,000km!

Begitu juga dengan clutch plate, bushing, mounting, absorber, minyak gearbox, water pump, coolent dan lain-lain. Disebabkan kita tidak tahu mileage sebenar kenderaan kita, maka kita menghadapi risiko breakdown dan kerosakan luar jangkaan.

Jadi saya sarankan untuk pengguna mendapatkan history sebenar kenderaan kita supaya maintenance kenderaan menepati timing yang sepatutnya supaya risiko kerosakan lebih teruk dapat dikurangkan dan risiko breakdown di tengah jalan dapat diminimumkan.

Untuk kenderaan recond Jepun, kita boleh dapatkan history tersebut di :

www.scrut.my

Jangan biarkan kenderaan anda yang cantik menjadi beban masalah di jalan raya!

Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/599215153897001

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with