
Pagi tadi, Bro SCRUT dapat mesej dari seorang pelanggan baru.
Katanya dia baru beli kereta secondhand dari seorang penjual yang mendakwa,
“Ini kereta ustaz, selalu bawa pergi surau je.”
Fuh, ayat padu. Boleh cairkan hati orang yang tak kuat iman. Tapi lepas seminggu pakai, dia rasa pelik. Brake bunyi minta tolong, “aircond” macam sedut dari neraka, dan mileage? 9,000 KM je.
“Tahun kereta tu? 2015.”
Hmm… Subhanallah.
Dia pun terus beli laporan kemalangan SCRUT Usedcar Report (SUr) dan hasilnya?
Kereta tu rupanya mileage dah lebih 100k
Pernah buat “Grab” ke ustaz?
Lepas tu dia buat SCRUT Integrity Inspection (SII).
Hasilnya bawah kereta tu ada kesan hentakan besar, welding sana sini, cat bertindan 3 lapis.
Bro tanya balik dia,
“Ustaz mana yang bawa kereta macam ni?
Kawan-kawan…
Tak salah beli kereta yang pernah digunakan sesiapa. Tapi SALAH kalau percaya buta-buta cerita penjual.
Kalau dia cakap kereta bekas ustaz, bekas guru agama, bekas imam kau bukan beli pahala. Kau beli kereta.
SCRUT dulu. Baru tahu cerita sebenar.
Kalau tak…
Meranalah kau.

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid02NChWy78BSRq2AbuCTC2bcgpJQq8mVft9mP33SyZm5kzK1TaCU3VG6RmBqaUDKeU1l