Terus dia diam. Pegang kepala. Pandang kereta tu macam tak percaya.
Senyap lama. Kami faham sangat perasaan tu.
Mula-mula gembira dapat ‘kereta baru’. Harga pun murah. Penjual pulak pandai cakap “Owner perempuan. Bawak pergi kerja je. Tak pernah kemalangan”.
Tengok luaran elok. Cat cantik. “Interior” wangi. Terus buat bayaran tanpa fikir panjang. Tapi bila kereta tu naik hoist kat bengkel SCRUT AUTO, segala rahsia mula terbongkar.
– Bahagian bawah penuh kesan welding
– Rangka dah senget, potong sambung
– Banyak part critical dah kena tukar secondhand
– Kereta ni pernah diisytihar total loss.
Itu yang buat abang ni terduduk. Kereta tu bukan lagi aset. Itu liabiliti. Bahaya atas jalanraya. “Value” susut gila. Nak jual balik pun takut. Kisah ni bukan pertama kali berlaku. Kami dah tengok ratusan kes macam ni.
Ramai orang terpedaya sebab percaya sangat pada kata-kata penjual. Padahal zaman sekarang, senang je kereta yang pernah ‘mati’ dihidupkan semula.
“modify” sikit, polish, spray cat baru terus naik harga dan dijual pada pembeli yang tak tahu apa-apa.
Sebab tu SCRUT selalu pesan:
Sebelum beli, periksa dulu.
Jangan pandang kereta tu dengan mata. Pandang dengan data.
Dan biar kami bantu bongkar sejarah kereta tu dari bawah sampai atas.
Di SCRUT AUTO, kami bukan jual kereta. Tapi kami tolong anda elak beli kereta yang tak patut.
Setiap pemeriksaan kami detail, telus, dan jujur.
Tak ada yang kami sorok. Kalau kereta tu elok, kami cakap elok. Tapi kalau rosak, kami tunjuk bukti.
Jangan jadi macam abang ni dah beli baru tahu.
Masa tu, duit dah jalan. Penjual pun entah ke mana.
Dan anda terpaksa tanggung kerugian sendiri, kadang sampai berbelas ribu.
Nak beli kereta? Nak selamatkan duit poket? SCRUT dulu.
SCRUT AUTO – Biar Kami Tengok Dulu, Sebelum Anda Menyesal Kemudian.
#scrutauto#servispertama#scrutdulu
Original post: https://www.facebook.com/myscrutauto/posts/pfbid02SEF5Ma4pQ46zvLLvAvSPBVSSYonDa2TCBeTCPijgEzAH5eYGKGDhH9WMsBjB1xnel