Aku tertanya-tanya juga agak-agak ada ke manusia yang suka kena tipu? Kalau tak suka, kenapa tak cari jalan atau solusi untuk mengelakkan daripada kena tipu?
Macam kalau takut kena tipu dengan “scammer” yang tawarkan hadiah atau duit mudah. Kau mesti akan pergi buat semakan dekat polis ke atau mana-mana badan berwajib.
Kenapa waktu nak beli kereta, kau taknak semak dulu dekat tempat yang betul?
SCRUT dah banyak kali kasitahu. Kalau nak beli kereta, pastikan korang semak dulu betul-betul dan elakkan daripada tertipu.
Penjual kereta akan terus buat penipuan kerana mereka nak ada jualan. Bila jual kereta yang bermasalah dengan harga pasaran, mestilah akan dapat keuntungan tinggi.
Mana mungkin penjual kereta tak tahu kondisi sebenar kereta yang dia nak jual tu. Mestilah ada info daripada pemilik kedai kereta terpakai itu.
Kan?
#SCRUT #scrutcheckdulu #keretakemalangan #kemalangan
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/videos/1500588681216542/
You must be logged in to post a comment.