Baru-baru ni ada menonton sedutan dari video seorang bekas guru yang sensasi. Beliau menyatakan saluran rasmi yang disuruh buat ni tiada pergerakan.
Adakah benar kerajaan atau agensi-agensi berkaitan kena ada “viral” dulu baru diambil tindakan atau diambil perhatian?
Banyak kes yang kita lihat sekarang ni di era Madani, telah menjadi perbualan masyarakat tentang ketidakadilan, lambat buat kerja dan tidak berhemah.
Persoalan adakah ini kelemahan sistem itu sendiri, atau kerajaan yang mentadbir?
Korang ada pandangan boleh bagi di ruangan komen.
Sebab aku masih terfikir, kalau kena “viral” dulu baru diambil tindakan tentu susah untuk dikawal kerana masyarakat mungkin akan mula buat tindakan sendiri.
Itu lebih jelas sukar dikawal. Kan?
Dalam sektor pendidikan pula, kes buli yang membimbangkan sepatutnya perlu ada pengkhususan untuk menyelesaikan. Bukannya diamkan.
Ke sebab KPM tetapkan sekolah cemerlang adalah sekolah sifar kes buli?
Ke sepatutnya sekolah yang paling banyak selesaikan kes buli atau tangkap dikira sekolah terbaik?
Aku akan baca pandangan korang semua di ruangan komen.
Mari, kita bincangkan.
#broscrut #broscrutnasihat #taknakkenatipubelikeretascrutdulu #MindaSkeptikal #mangsapenipuan #keretatotalloss
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/videos/1454606152511460/
You must be logged in to post a comment.