Kalau tiba-tiba chairman SCRUT buat official statement kata yang SCRUT adalah syarikat yang bertaraf MSC dan patuh syariah. Apa yang anda akan terfikir?
“Apa authority chairman SCRUT untuk bagi penarafan tersebut?”
“Jadah apa kau sendiri letak penarafan dekat syarikat kau sendiri..”
Siapa boleh terima kenyataan rasmi chairmain SCRUT tanpa apa-apa dokumen sokongan?
—-
Mungkin inilah komentar terakhir kami tentang hal Bumiputera atau tidak. Kenyataan rasmi itu sangat menghina akal (insult intelligence) buat kami yang berilmu dan berakal. Kami percaya, follower SCRUT juga dari golongan intelligent, profesional, knowledgeable dan rational. Jadi tak payah nak menggelabah sangat spam kat wall kami. Ohya, CEO dia pun semangat sangat join spam sekali. Well, CEO dari benih MLM ponzi gelang ajaib begitulah. Selain suka mengganggu isteri orang, dia juga pasti bangang.
Bila kami lihat CEO Mat Telur dan langau-langau hijau bermati-matian untuk menunggang bangsa setelah agama ditunggang, kami merasakan memang itulah modal marketing produk business mereka. Mereka tidak percaya kepada kualiti dan integriti produk mereka sebenarnya atau memang produk mereka tidak bagus. Atas sebab itu mereka menunggang agama dan rasa terancam bila status pemilikan sebenar Onexox dipersoalkan.
Sebenarnya kami mengharapkan official statement yang ditandatangani oleh mantan orang kuat UMNO era Najib itu sesuatu yang baru, tetapi hanyalah skrip sama yang telah dinyanyikan oleh Mat Telur sebelum ini. Ia hanyalah kenyataan yang sangat dangkal dan penyebaran kebodohan kepada masyarakat. Mungkin kaum yang tidak berakal seperti bangsa langau hijau sahaja boleh telan kebodohan itu, bagi kami yang berakal, ia tidak boleh diterima sama sekali. Bahkan telah kami buktikan di link ( https://www.facebook.com/581817132303470/posts/665944850557364?sfns=mo ).
Kami sengaja tidak terus memberi respon awal kerana kebiadaban pejuang telco patuh syariah melakukan cyberbully dan harassment perlu diajar. Mengganggu isteri, keluarga dan business orang adalah kejahatan yang wajar kami lawan dahulu. Alhamdulillah, mereka sudah sedikit kendur. Tapi usah kita terlalu percaya kepada mereka, jika agama mereka sanggup tunggang, tidak mustahil mereka akan menunggang syaitan pula selepas ini barangkali.
Kami telah melakukan sedikit experiment terhadap kenyataan rasmi DS Azim itu. Kami hantar kepada kawan-kawan kami beserta dokumen SSM Onexox, SSM One Telco dan Annual report Xox Bhd. Kesemua mereka menyatakan kenyataan DS Azim itu merepek dan mengarut. Ada yang mencadangkan dilaporkan kepada pihak SC. Kawan-kawan kami ini dari golongan terpelajar, ada akauntan, senior executive di GLC, pemilik syarikat, bank manager, auditor bursa, pegawai di bank negara dan corporate lawyer di multinational company. Kami sangat percaya, tiada 1 orang profesional yang akan menerima public statement tersebut.
Biar kami ulang kembali fakta sebenar,
Fakta sebenar menurut dokumen SSM.
One Xox Sdn. Bhd. dimiliki oleh :
1. Xox Bhd. memegang share sebanyak 60%
2. Onetelco Sdn. Bhd. memegang share sebanyak 40%
——
Senarai directors Onexox menurut dokumen SSM :
1. DATO’ SERI ABDUL AZIM BIN MOHD
ZABIDI
2. NG KOK HENG
3. CHAI WOON CHET, DATUK
——-
Siapa Xox Bhd.
Xox Bhd. adalah MVNO di bawah Celcom yang ditubuhkan untuk cater market kaum Cina. Ia telah disenaraikan dalam ACE Market dengan saham berharga *RM0.05. Ia juga terpaksa melakukan private placement. Tahukah apa itu private placement? Private placement biasa dilakukan apabila saham-saham ketika IPO tidak laku dijual.
Senarai directors Xox Bhd.
1. ABDUL AZIM BIN MOHD ZABIDI, DATO’
SERI
2. EDWIN CHIN VIN FOONG
3. SOO POW MIN
4. TAN SIK EEK
5. HEW TZE KOK
6. CHAI WOON CHET, DATUK
——-
Senarai directors Onetelco Sdn. Bhd.
1. MOHD.BADROL IZMAN BIN OSMAN
2. MOHD NOORIEMIE BIN ABDUL KARIM
———
Xox Bhd VS One Telco
1. Kesemua director One Xox Sdn Bhd adalah datang dari kumpulan Xox Bhd., bukan dari kumpulan One Telco Sdn. Bhd.
2. Jika kumpulan One Telco yang menguasai One Xox, pastilah wakil One Telco yang memegang majoriti pengarah dalam One Xox. Tetapi TIDAK.
3. Jika One Xox dikuasai oleh majoriti Bumiputera, sudah pasti majoriti pengarah One Xox ialah Melayu Muslim Bumiputera. Malangnya, Cina 2, Melayu 1. Melayu jugga datang kumpulan Xox Bhd.
4. Yang Melayu itu ialah DS Azim yang hanya memegang saham sebanyak 0.05% dalam Xox Bhd. dan tiada indirect holding dalam susidiary dalam One Xox Sdn. Bhd.
Pegangan Bumiputera Dalam Xox Bhd.
1. Selain DS Azim yang memegang sebanyak 0.05% saham dalam Xox Bhd. Terdapat 2 lagi entiti Melayu, Bumiputera dan Muslim yang kami jumpa dalam senarai TOP 30 shareholders.
2. MARA Incorporated Sdn Bhd memegang sebanyak 1.16% saham.
3. Mohd Jamel Abdul Munin memegang sebanyak 0.45% saham.
4. Jumlah pegangan saham kaum Melayu, Muslim dan Bumiputera dalam Xox Bhd. adalah sebanyak 1.66% sahaja.
Dakwaan DS Azim yang jumlah saham yang dipegang oleh kaum Bumiputera, Melayu dan Muslim dalam Xox Bhd. cukup untuk menjadikan One Xox Sdn. Bhd. sebagai syarikat milik majoriti Bumiputera adalah sangat misleading dan merepek. Paling penting, ia tidak dibuktikan dengan apa-apa sokongan dan dukungan fakta dan dukumentasi. Lebih kepada sebuah falasi dan omong kosong.
Dalam masa yang sama, umum diketahui lesen MVNO dari Celcom adalah milik Xox Bhd. bukan milik One Telco Sdn Bhd. Bagaimana mungkin untuk mengatakan kumpulan Melayu, Bumiputera dan Muslim dari One Telco ini yang mengawal One Xox Sdn. Bhd yang merupakan anak syarikat Xox Bhd.
Jadi, kami kira Official Statement yang dibangga-banggakan itu hanyalah bertaraf tisu tandas yang tiada nilai. Mungkin kaum langau yang tiada akal bolehlah ditipu dan dipermainkan. Tetapi buat kami yang berpelajaran yang telah dididik berpegang di atas pembuktian melalui fakta, figura dan dokumentasi akan sentiasa menolak pembohongan dan pembodohan.
Maka, berdasarkan segala pembuktian yang disediakan. One Xox Sdn. Bhd. bukanlah syarikat milik Bumiputera (majoriti). Dakwaan ia adalah syarikat Bumiputera adalah syok sendiri dan misleading dari hakikat sebenar. Hentikan membodohkan masyarakat!
Selagi tak dibuktikan, ia kekal mengikut dokumen yang telah terbukti. Rujuklah sendiri bukti-bukti yang kami sediakan di bawah.
Ditulis oleh,
The Accountant
www.scrut.my
Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/666238630527986?__tn__=K-R