fbpx

Adakah Pedro yang bersalah?

Admin
in Real Story
Sep 6 ·

Ini naratif yang dimainkan oleh bapak Jebon kepada anak-anak Jebon yang biasa main barang celup. Maksudnya, kau dah pakai, kau nak minta ganti rugi pula.

Ha, inilah dia mentaliti scammer!

Mari Uncle kasi contoh yang dekat dengan kita.

1. Contoh kereta terpakai.

Masa nak beli, penjual kata tiptop condition, accident free, low mileage!

Jadi, kita pun belilah. Siap beli skirt baru, bumper baru.

Selepas 2 bulan, kereta rosak, bila hantar inspection Sii dengan SCRUT, kereta ada bekas kemalangan, nak renew roadtax sangkut, mileage tampered, banyak leaking.

Bila kita ke penjual tu balik. Dia jawab,

“Anda dah pakai 2 bulan, dah lanyak. Dah cat baru, dah bikin macam-maca, nak pulang balik kat kami. Mana boleh!”

2. Contoh kereta recond.

Masa nak beli BMW M3, penjual kata tiptop condition, low mileage 18,000km, accident free.

Lepas 6 bulan pakai, turbo berkecai. Beli report UK dekat SCRUT, last mileage recorded is 80,000 miles, bukan km tau!

Kau rasa tertipu tak?

Kau datang kedai yang jual tu balik nak minta rebate, dia kata,

“Tuan dah pakai 6 bulan elok. Dah rebat. Rosak baru cari kami. Mana boleh. Hang Jebon kata ini salah!”

3. Contoh beli handbag pre-loved.

Ini contoh untuk orang perempuan. Anda beli handbag LV used yang limited edition. Katanya ori, bayar harga ori.

Dah pakai 2 bulan, tergerak hati nak check. Bawa ke butik, diorang kata fake. Bawa balik pergi keda yang jual tu, dia taknak refund.

Alasannya, handbag tu dah ada stain bekas pakai. Jadi diorang taknak refund.

Itulah contoh-contoh nak kasi anak-anak Jebon faham asas mualamat itu telah tidak betul dari awal. Pembeli telah dikhianati dari awal. Aqad telah dimungkiri semasa menjual.

Yang beli kereta terpakai itu, dari awal dia telah ditipu. Dengan sangkaan kereta itu elok, dia telah spend lagi duit untuk cantikkan kereta tu. Tapi malangnya, dia telah ditipu. Adakah salah dia bikin kereta tersebut? Tidak!

Yang beli kereta recond itu, pastilah dia pakai setelah dia beli. Dah kata tiptop condition. Mestilah merembat. Jadi, adakah salah dia merembat? Tidak!

Yang beli handbag pula. Dia dah beli dan bayar. Dia pakai. Terkotor sikit. Adakah salah dia pakai handbag yang dia dah bayar? Tidak!

Kesemua mereka membeli dan bayar atas sangkaan kondisi dan aqad apa yang diberitahu oleh penjual. Jadi, apabila mereka ditipu, kos yang mereka telah spend untuk barang yang mereka sangka ori atau elok itu adalah kerugian kepada mereka.

Pembeli kereta terpakai berhak claim balik kerugian-kerugian yang dia dah belanjakan untuk kereta dia. Pembeli kereta recond berhak meminta rebate, ganti rugi dan macam-macam lagi. Pembeli handbag pun sama.

Sepatutnya, mereka berhak mendapat full refund tambah kos kerugian dan time value money mereka kerana ditipu.

Jadi, persoalan Pedro cat hood carbon fiber itu bukanlah isu. Bukan carbon fiber tak boleh dicat pun. Dia dah beli, dia punya barang. Dia nak buat apa pun dia punya suka.

Memang di Australia, diorang cat je carbon fiber. Itu style masing-masing. Cat carbon fiber pun tak murah. Bukan macam cat biasa. Orang dekat sana tak suka nampak warna “bare” tu.

Isunya adalah, Pedro telah ditipu. Dia beli barang ori, claim ori, dia bayar harga ori, selepas pakai dia perasan ia tak ori. Nasib Pedro sama macam 3 contoh yang Uncle kasi tu.

Kalau korang rasa Pedro bersalah. Dunia ini memang untuk penipu..

😉

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid0B1SFDB4FA4UbyaTTX5NTS6nmL11Cm23MeyaaKwzzgvvkCFbVUGQrTr2RZGAo2pBZl

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with