fbpx

Adakah wanita ini benar-benar isteri Che Din destiny?

Admin
in Uncategorized
Jul 5 ·

Jika benar, Uncle nak jawab. Kan tugas Uncle me-respond segala kecaman dan fitnah terhadap SCRUT.

Begini kak, jika hendak menuduh SCRUT tak betul, SCRUT jahat, sila buktikan dengan pembuktian yang sahih. Jangan main lempar sahaja.

Jika benar, suami anda hanya menjual kereta yang elok, tiada kemalangan, tidak pusing meter “mileage”, anda dan suami anda sepatutnya gembira dan mengalu-alukan kedatangan SCRUT.

Bahkan, mungkin boleh ajak SCRUT berkolaborasi dengan memberikan kredit kepada bakal pembeli kereta di kedai suami anda. Mungkin boleh tambah “tagline” baru, sebagai contoh,

“Tak percaya Che Din? Takpa, SCRUT-lah dulu!”

Bukankah dengan kehadiran SCRUT ke industri kereta terpakai sepatutnya menjadi alat untuk Che Din (jika benar isteri Che Din) untuk lebih melonjak jauh?

Bukankah kehadiran SCRUT telah “complement” perjuangan Che Din?

Jadi, kenapa serang SCRUT? Kami tak pernah tuduh atau kata Che Din apa-apa. Kami tak SCRUT orang, tak SCRUT kedai. Kami SCRUT kereta sahaja!

Manalah kami mampu nak SCRUT orang (penjual kereta). Mana kami tau berapa banyak kereta dia dah jual dan nak semak semua kereta-kereta dia.

Manalah kami mampu nak SCRUT semua kereta di kedai. Berapa banyak kos kami nak kena laburkan pula kan? Lagipun, bos Uncle pesan, kalau boleh nak berkolaborasi dengan penjual-penjual kereta terpakai yang ada integriti.

Barulah meriah industri dengan orang baik-baik. Tapi manjang je kena serang dengan penjual kereta dan berkaitan. Takkan takda penjual kereta terpakai yang “openly” mengalu-alukan kehadiran SCRUT.

Ada tak?

Apa pun, nak beli kereta terpakai, SCRUT dulu!

😉
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid024MfnZcLk3PNM21GjmAzMfzhMxmpaUZmcWRq4cgG1MgZu79oLuQ8zvijwtsQDum96l
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with