Aircond tak sejuk ingatkan kompressor rosak, rupanya servomotor.

Admin
in Real Story, SCRUT On Media
Dec 17 ·

Seorang pemilik Toyota Alphard masuk ke bengkel kami dengan wajah kecewa. Katanya, “Bro, aircond Alphard ni dah tak sejuk. Kawan-kawan semua cakap mesti kompressor rosak.”

Inilah masalah paling biasa. Ramai yang terus percaya kata orang atau mekanik “tembak harga”. Bila dengar je perkataan kompressor, terus seram sebab harga boleh cecah ribu ringgit.

Tapi di SCRUT AUTO, kami tak main hentam keromo. “Technician” kami terus buat “full diagnosis”. Semak sistem tekanan gas, wiring, blower, sampai sensor. Akhirnya jumpa punca sebenar rupanya servomotor rosak, bukan kompressor!

Bayangkan kalau pemilik tadi terus tukar kompressor, habis ribu-ribu, tapi masalah tetap tak selesai. Lepas tu kena tukar lagi bahagian lain. Itu lah cara ramai kena “sembelih” bila hantar kereta ke bengkel yang main agak-agak.

Di SCRUT AUTO, kami percaya satu benda, kereta bukan barang eksperimen. Diagnosis mesti tepat, baiki mesti berbaloi. Kalau masalah kecil, kami terus beritahu yang kecil. Kalau besar, baru bincang. Tiada tipu muslihat, tiada sembelih harga.

Pemilik jimat duit, tak perlu bazir ribu tukar benda yang tak rosak. Dan paling penting dia pulang dengan senyum, bukan dengan marah.

Moral dia? Jangan cepat percaya cakap-cakap kosong. Sebelum buat apa-apa pembaikan besar, biar kami SCRUT dulu.

SCRUT AUTO, kami bukan bengkel biasa. Kami doktor kereta anda.

#scrutauto #trustscrut #scrut

Original post : https://www.facebook.com/myscrutauto/videos/802107722978797/

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with