fbpx

Ambil tahu perkara ni sebelum beli kereta terpakai!

Admin
in Real Story
Aug 12 ·

Kereta sudah dikira sebagai keperluan pada masa sekarang. Kalau nak beli kereta baru komitmen akan menjadi sangat besar. ​

Ekonomi sekarang ni kalau boleh semua nak berjimat.​ Ramai akhirnya pilih untuk beli kereta terpakai atau recond untuk memudahkan perjalanan dan jimat kos.

Beli kereta terpakai ni boleh jadi pelaburan jangka masa panjang. Sebab itu penting untuk anda buat pilihan terbaik.​

Kalau anda nak beli kereta terpakai/recond apa yang anda patut ambil tahu?

1. Ikut kemampuan anda.

Tetapkan bajet yang sesuai dengan kemampuan diri. Ambil kira komitmen bulanan yang sedia ada. Ingat beli kereta ikut keperluan bukan kehendak.​

.

2. Guna loan calculator.

Tujuannya untuk anggarkan bayaran bulanan bersesuaian dengan bajet. Pastikan harga tak melebihi gaji tahunan dan ansurans bulanan tak melebihi 15% daripada gaji bulanan.​

.

3.Survey online dahulu.

Banyak platform ada sekarang, tak perlu datang kedai terus. Lebih mudah nak cari ikut bajet tanpa ada pujukan daripada seller kedai​

.

4. Tetapkan tahun pengeluaran kereta.

Adalah lebih baik 5 tahun ke bawah.​ Sebab kereta 5 tahun kebawah boleh dianggap baru dan kerosakan juga adalah minima.

.

5. Semak mileage.

Lagi rendah lagi bagus tapi kena ingat ramai seller yang ubah mileage. Jadi jangan terus percaya bila kereta tip top, tahun dah lama tapi mileage rendah! Tak logik langsung!​

.

6. Semak sejarah kereta.

Contoh pernah tenggelam banjir, berapa pemilik, kemalangan atau lain-lain. Jangan cepat percaya dengan harga murah. Biasanya yang murah ada sejarah tersendiri.​

.

7. Semak jadual servis.

Cari yang setia dengan pusat servis mengikut jenama kenderaan. Kalau seller tak bagi semak, ada sesuatulah tu.​

.

8. Periksa Kereta.

Pastikan anda periksa bahagian luar dan dalam kereta termasuk kelengkapan asas lain.​ Seperti kesan air, bau, kesan karat, dan lain-lain lagi.

.

9. Pandu uji sebelum beli.

Seperti uji brek, stereng, gear dan pemanduan. Pastikan juga anda ambil perhatian pada bunyi yang keluar sepanjang pemanduan.​

Dah buat step 5 sampai 9 tapi masih tak yakin? Dekat sini SCRUT datang menyelamat! Boleh dapatkan auction report di SCRUT. ​

Tak ada auction report? Kereta lokal? Jangan risau!

Boleh bawa datang Scrut Auto dan kita akan buat Scrut Integrity Inspection (SII) untuk anda! 120 points akan diperiksa, setiap bahagian luar dan dalam.

Lepas siap inspection, anda akan terima report dan sijil yang menenetukan gred kereta anda.

Untuk tahu lebih lanjut tentang proses SII, boleh baca di sini https://www.facebook.com/myscrutauto/posts/298394911832693

SCRUT for the TRUTH!

1. Nak check auction report kereta recond?

https://www.scrut.my

2. Nak view kereta-kereta yang cantik ikut syarat SCRUT?

https://scrut.my/listing

3. Nak inspection kereta anda? Used atau recond? Untuk tujuan jual atau beli?

https://inspect.scrut.my

4. Nak SCRUT company?

https://interepo.com/

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/1157747998043711

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with