fbpx

Amir gigil merentan bila nama dipetik..

Admin
in Uncategorized
Jul 9 ·

Uncle dapat video ni daripada kariah masjid Uncle. Yang bagus-nya, dia pun tangkap. Katanya,

“Wang, kau tengok budak ni. Dia main persepsi dengan SCRUT..”

Lepas Uncle tonton. Uncle tergelak. Ni budak muda yang pertikai laporan SCRUT sambil menggigil-gigil.

Beginilah Amir. Yang memulakan isu adalah anda. Anda yang mengkritik kami sambil mengigil-menggigil-gigil. Untuk “cover line” buat-buatlah suka dan mencadang. Itu semua “masking”. Anda bukan yang pertama. Walhal anda sendiri yang gagal.

Kami bercakap melalui data. Setakat ini, Uncle tak pernah hadap lagi soalan pasal “data value” tu. Jadi, Uncle “assume” orang berakal mampu faham dengan baik. Dan kawan-kawan Uncle yang biasa jual kereta pun sekali Uncle tunjuk pun diorang dah faham. Jadi pada Uncle ia tak “relevan”. Bro Wong pun konon puji SCRUT.

Tapi..

Cuma, apabila Amir sampai buat video 2 siri nak mengigigil. Asalnya marahkan pembeli. Tapi dalam masa yang sama menekan-menekan isu “data value” tu. Sudah pasti ia akan menjadi kenangan kami. Sama je macam CDKA, Mat Jebon, Azman Shifter, Bro Wong, Amir dan lain-lain.

Penjual kereta tetap penjual kereta.

Kalau Amir seorang penjual kereta yang jujur dan amanah. Tak perlu nak sentap sangat. Lagipun bila Uncle tengok dia yang beriya-beriya sampai cat kereta bagai sebelum “confirm”. Nampak dah “hardsell” walaupun tak mengaku.

Kemudian buat video kecam pembeli. Selit sekali SCRUT. Nak kecam pembeli tu sebutlah nama dia sekali macam sebut nama SCRUT. Senang kami nak “verify” siapa dia. Boleh tanya dia. Betul ke tak jadi beli dengan Amir sebab laporan SCRUT pasal data harga tu.

Uncle rasa tidak. Memang orang tu nak “cancel”. Dia hanya buat alasan saja. Kalau kereta itu memang “value to buy”. Apa nak sentap? Orang lain nanti beli lah. Betul tak? Kata rezeki daripada Allah, kenapa nak sentap?

Apabila Uncle tengok dia ni beriya sangat. Uncle pun “check” siapa tauke-tauke Amir ni. Syarikat dia kerja tu Momentum Motor. Jadi, Uncle guna www.interepo.com untuk semak.

Gambar ke 2 dan 3 adalah senarai nama bos-bos Amir. Adalah seorang Melayu yang ada “share” ciput tu. Nama Amir takdalah. Jadi Uncle nak tanya. Tauke-tauke Amir semua tu selama ni memang jujur jual kereta terpakai?

Tauke-tauke Amir memang jujur dan tak pernah pusing meter? Kedai “usedcar” yang Amir kerja tu memang langsung selama ini tak jual kereta kemalangan claim tiptop condition dan accident free, tak pusing meter?

Kalau memang tidak pernah. Semua kereta di situ cantik memang value for the price. Macam nilah Amir. Since Amir berjanggut orang beriman. Uncle cabar Amir untuk sumpah mubahalah sahaja. Simple sahaja. Lafaznya begini.

“Wallahi, wabillahi, watallahi, saya Amir bersumpah dengan nama Allah tuhan sekalian alam yang saya tidak pernah menipu dalam menjual kereta terpakai sepanjang saya menjual kereta, syarikat tempat saya bekerja juga memang tidak pernah menipu dalam apa-apa keadaan penjualan kereta terpakai seperti kereta kemalangan diiklankan sebagai tiptop condition accident free, tidak pernah dan terlibat aktiviti pusing meter. Sekiranya saya berdusta dan sumpah ini palsu, laknat Allah ke atas saya.”

Jika Amir berani bersumpah mubahalah seperti tu. Uncle mewakili SCRUT meminta maaf kepada Amir dan kami menarik segala kritikan kami terhadap Amir tanpa syarat. Biarlah Allah menjadi saksi dan hakim kepada sumpah mubahalah Amir.

Namun, jika Amir tidak berani. Takpalah. Amir hanyalah penjual kereta yang sama sahaja dengan penjual kereta lain. Tiada beza. Bezanya Amir menggigil.

Pada Uncle mudah saja. Kita kalau kita suka. Kita sokong dengan sepenuh hati. Cuma Uncle tak pelik. Amir juga penjual kereta terpakai. Jadi, terpulang kepada masyarakat nak percaya siapa. Nak percaya penjual kereta terpakai atau SCRUT.

Cuma kena ingat, SCRUT itu lahir dari roh marhaen yang bangkit melawan kapitalis jahat yang selama ini telah menipu, memijak dan menindas masyarakat. Ya, SCRUT entiti business. Namun, SCRUT tidak pernah menipu masyarakat.

Jika hendak cabar SCRUT bersumpah mubahalah. Rasanya bos-bos Uncle tidak akan gentar. Uncle sendiri berani bersumpah. Demi Allah, setiap data dan SOP SCRUT tidak pernah diubah dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Pengurusan telah cuba sedaya upaya untuk mencapai integriti secara maksima.

Sekali lagi, terserah korang. Nak percaya SCRUT atau penjual kereta terpakai. Akhirnya, korang yang akan bayar nilainya.

Wallahu’alam..

😉

ps : SCRUT tak pernah gigil. Sebab SCRUT biasa naik turun mahkamah.

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid0g9yPuxG7dqZazKY1DA9Gno1p6mBVnEnMg6KvLrgTpRFZuBLvXLFZNTmZamBSoCsbl

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with