Pagi jumaat ni luluh hati Bro SCRUT bila dapat “voice whatsapp” dari seorang mangsa penipuan kereta yang kami bantu. Beliau baru sahaja kehilangan anak syurga umur 3 tahun akibat kemalangan.
Bro SCRUT tersentuh hati bila beliau berterima kasih pada SCRUT kerana bantu bongkarkan keadaan kereta beliau yang rosak,pusing odometer, dan lebih teruk kereta beliau disambung bayar kepada orang lain.
Beliau tertipu dan masih lagi baik hati untuk bincang elok-elok dengan penjual kereta. Kalau ikutkan Bro SCRUT suruh bagi pengajaran pergi laporkan kepada pihak berkuasa dan tuntut di Tribunal.
Anda semua bayangkan, berapa ramai lagi rakyat marhaen di luar sana yang sengsara akibat penipuan penjual kereta. Dah bergadai wang ringgit untuk “booking”, kos baiki dan lain-lain.
Mereka tu bukan pak menteri yang hidup senang lenang. Rakyat marhaen yang membanting tulang untuk hidup di masa yang semua barang naik.
Entahlah!
Bro SCRUT jadi sedih dan dalam masa sama, jadi amat geram kerana memikirkan bila lah penipuan jualan kereta rosak, “total loss”, odometer pusing ni akan berakhir?
Anda semua ada jawapan tak?
Kalau ada boleh komen di bawah ?
#SCRUT #scrutreportselamatkanaku #scrutdulu
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/videos/1418769702711466/