fbpx

Apa beza scrut dengan platform lain?

Admin
in Real Story
Feb 21 ยท

Jawapan ringkas, SCRUT tak boleh dikawtim..

Setelah SCRUT lahir, banyaklah pihak lain cuba buat macam SCRUT. Ada yang jual murah. Yang menariknya, di belakang mereka (pelabur) adalah penjual kereta.

Jadi bila orang tanya Uncle, Uncle tak boleh nak komen. Uncle akan jawab,

โ€œKami tak komen report orang lain.โ€

Cuma hari ini, Uncle nak cerita beza SCRUT dengan yang lain.

1. SCRUT tidak dibeli oleh kaum penjual kereta. Bahkan SCRUT dibenci dan dimusuhi oleh penjual kereta.

2. Data SCRUT ditapis dan disaring 3 jenis dan peringkat.

– Daripada data provider

– Daripada data kami crawl & scrap

– Daripada data autoriti yang manually mohon

3. SCRUT ada SCRUT Auto yang meneruskan kesinambungan untuk buat pemeriksaan fizikal.

4. SCRUT sanggup menolak tawaran untuk dijual, kolaborasi dan kawtim daripada pihak penjual kereta. Walaupun tawarannya lumayan.

5. SCRUT sanggup disaman, naik turun mahkamah untuk membela nasib masyarakat.

6. SCRUT telah membantu ramai mangsa untuk lawan di mahkamah dan tribunal. Dan SCRUT masih teruskan khidmat ini.

7. SCRUT terus menerus dibenci oleh penjual kereta yang dah kantoi seorang penipu seperti Mat Jebon. Tetapi Mat Jebon asyik memuji platform lain. Boleh percaya ke platform yang seorang penipu puji dan promote? Platform itu boleh dikawtim barangkali.

8. Telah banyak kali mangsa yang telah buat semakan di platform lain dapat keputusan elok, tetapi bila dia semak balik di SCRUT, ada masalah. Bila tengok penjual mana, oh penjual yang pernah menyerang SCRUT. Bila tengok report, report platform lain. Jadi, kami fahamlah, yang penjual promote platform yang dia boleh kawtim barangkali.

9. SCRUT ini bukan sekadar perniagaan. Tapi ia sebuah perjuangan. SCRUT ini lahir daripada roh marhaen yang telah ditipu, dipijak dan dibuli oleh kapitalis jahat penjual kereta recond dan second selama ini. SCRUT lahir daripada kebangkitan untuk melawan kapitalis jahat!

Akhirnya, korang sendiri decide nak percaya siapa. Kan? SCRUT memang kekal berdiri di atas kaki sendiri tanpa pengaruh sesiapa pun. Doakanlah kami terus kekal istiqamah untuk menjadi benteng masyarakat..

Nak semak sejarah kereta RECOND dan TERPAKAI ? Klik je link di bawah ni:

https://scrut.my

https://scrut.my

https://scrut.my

๐Ÿ˜‰

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid02U8MYVpZRZhe8L3m24BB5n9xxKjNKKLyZ3PzL2roSLsfMsegqrzUwJdiHioEWmMn8l

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with