
Aku tertarik dengan 2 komen di bawah ni, seorang ni cakap pandangan dia yang dia tiada masalah beli kereta status “total loss” kerana bagi dia biasalah kereta terpakai, kalau taknak baiki baik beli kereta baru.
Apa pandangan korang ?
Komen dibawah ni pula dia menyalahkan pihak insurans, penjual dan puspakom kerana telah memalsukan dokumen. Dakwa dia, kereta “total loss” ni tak boleh dijual. Nak perbaharui insurans pun tak boleh.
Apa pendapat korang ?
Bagi aku, ini masalah dalaman yang susah untuk kita rungkaikan. Bukan niat menuduh tapi itulah kenyataan. Pandai-pandailah korang fikir. Untuk informasi, kereta “total loss” boleh je perbaharui insurans.
“Total loss” ni ada 2 jenis,
1. “Actual Total Loss” (ATL)
Kenderaan dikategorikan sebagai “Actual total loss” apabila ia rosak teruk sepenuhnya dan tidak lagi ekonomik untuk dibaiki atau tidak boleh dibaiki langsung.
2. “Constructive Total Loss” (CTL)
Kenderaan dikira “Constructive total loss” apabila kos membaiki + “salvage value” (nilai selepas kemalangan) melebihi 75% daripada nilai pasaran kenderaan sebelum kemalangan.
Jadi untuk isu kereta yang kereta “actual total loss” ni memang dah tak boleh guna dah. Kalau ada juga, kau pergi tanya si J. Dia mungkin tahu.
Sebab itu, SCRUT hadir untuk memastikan korang buat semakan dahulu sebelum beli kereta. Jangan percaya sesiapa, yang pasti jangan percaya penjual kereta.

Ingat, taknak kena tipu beli kereta SCRUT dulu!
#scrut#broscrut#scrutcheckdulu#scrutcheckdulu#MindaSkeptikal#BONGKAR#totalloss
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid0fM8T6yvoFBNtA9pLm87xdvb3xszs17JedGojAj956Dc9MXpb9Mxpr3tzjdTpiuTil
You must be logged in to post a comment.