Apa yang ramai tak tahu jika kereta pernah terbakar?

Admin
in SCRUT On Media
Jan 13 ·

Jom aku kupaskan sedikit mengenai isu ini.

Kereta yang terbakar boleh dibaiki dan dijual semula, selagi ada orang sanggup beli. Kalau tak buat tuntutan insurans, atau repair sendiri, rekod mungkin tak wujud langsung dalam sistem insurans.

Tapi masalah besar kat sini, sistem wiring dah rosak secara total bila-bila masa boleh “short” lagi. Struktur besi mungkin dah lemah. Kalau kemalangan, impak boleh berganda. Penghawa dingin, dashboard, sensor semua “aftermarket” tiruan. Bagi penjual kereta, asal boleh jalan.

KENAPA PENJUAL MASIH JUAL?

Sebab dia tahu ada ramai pembeli yang tak buat semakan. Dan pembeli tak tahu pun kereta pernah terbakar. Cuma tengok harga dan rupa luar terus beli.

Dan kalau dia baiki cukup elok, kereta tu nampak macam baru balik dari “detailing” Jepun. JANGAN JADI MANGSA SETERUSNYA. Jangan hanya nilai kereta pada harga dan rupa. Kalau kereta tu pernah terbakar, banyak risiko.

Kalau kau terbeli, dan benda sama jadi semula (contohnya wiring short terbakar balik), insurans takkan cover sebab itu dikira kecuaian sendiri. Jadi macam mana nak tahu?

Sebelum beli, buat semakan penuh. Gunakan sistem SCRUT untuk buat semakan.

Ingat tak nak kena tipu beli kereta, SCRUT dulu!

#broscrut #scrutcheckdulu #scrutreportselamatkanaku #scrut #odometerubah

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/videos/1715246955787740/

    Leave a Reply
    created with