Bro SCRUT ucapkan takziah kepada semua kereta yang terlibat dengan kemalangan ini. Sedih dan hiba bila kereta yang kita sayang dan jaga dengan baik, terlibat kemalangan.
Bro SCRUT nak tanya,
Sebagai pemilik, jika terjadi musibah seperti ini selalunya akan terus jual kereta itu atau baiki semula?
Jika jual semula, adakah sejarah kemalangan kereta ini akan disorok oleh pihak penjual?
Adakah pemilik jual kepada penjual kereta, tanpa beritahu kondisi dan penjual beli membuta tuli tanpa buat pemeriksaan?
Jika buat pemeriksaan, adakah penjual tetap membelinya dengan harga murah?
Dan,adakah kereta yang paling belakang tu akan diistiharkan “total loss” atau “Beyond Economic Repair” BER kerana telah menjadi punca kepada kemalangan berangkai.
Banyak persoalan yang main di minda Bro SCRUT sekarang ni. Yelah, hari-hari kami ni berperang dengan situasi pembeli kereta kena tipu dengan penjual kereta.
Jika anda semua ada jawapan dari persoalan di atas ini, boleh lah singgah dan komen di ruangan bawah.
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/videos/616905888033759/