Untuk korang yang bekerja 8 pagi hingga 5 petang, kami ada berita baik!
Mulai sekarang, SCRUT AUTO akan beroperasi dari jam 7:30 pagi hingga 10:00 malam untuk urusan hantar atau ambil kereta.
Tak perlu risau tentang waktu rehat! Kami ada dua syif rehat, jadi walaupun waktu rehat, bengkel kami masih beroperasi dan boleh terus bantu dan melayan korang.
Masa rehat pun korang boleh hantar kereta korang. Dah tak kena sidai sebab semua pekerja pergi rehat makan tengah hari macam dulu-dulu.
Dengan susunan waktu kerja baru ni, korang boleh datang awal pagi atau lepas balik kerja tanpa perlu risau tentang masa.
Hari Ahad pun kami buka juga, kena buat temujanji dulu. Sebab kebanyakan kedai “spareparts” tak buka. Pastikan korang tempah awal, ya!
Kami faham urusan harian kadang-kadang padat, jadi kami nak bagi lebih kemudahan untuk korang. Terima kasih kerana terus support SCRUT AUTO. Jumpa korang di sini!
#ScrutAuto#WaktuBaru#LebihMudah#ServisTerbaik
Original post: https://www.facebook.com/myscrutauto/posts/pfbid03vvjRvvEvY2kgqQCz4YxUuLd1qLjAaowaQBhy2h358TkPgCfurYG8QzkNGCLKCLQl