“Bang, bekas kereta saya pun dapat tahu ‘usecar’ pusing odometer dari 150K – 75K.”

Admin
in Real Story, SCRUT On Media
Jan 13 ·

Making berleluasa pula ya! Daripada hantaran Bro SCRUT baru-baru ni, saudara Ayid Lou komen dengan beritahu kisah seorang rakannya yang telah menjual kereta jenis Mercedes Benz dan dapati odometer kereta telah diubah.

Hantaran pemasaran dari “usedcar” tersebut menyatakan odometer 75,000KM dijual pada harga RM 94,700. Namun telah didedahkan oleh bekas pemilik sendiri bahawa odometer asal adalah 150,000KM.

Alhamdullilah, rakyat dah mula peka. Ini yang kita mahu! Bila ada pendedahan begini, ramai bakal pembeli akan tahu keadaan sebenar. Nak lagi mudah, beli je laporan SUr dapat tahu jika pernah kemalangan.

Kalau tanya “usedcar”, pasti akan dolak dalih cakap dia beli kereta dari pemilik pun dah dapat bacaan odometer sedemikian. Jadi nak cakap bekas pemilik yang pusing odometer ke macam mana?

Kenapalah tak dengar cakap Bro Wong, kan Bro Wong cakap kalau nak pusing sikit-sikit tak apa, kalau dah pusing sampai hilang dekat 100,000KM tu melampau sangat.

Tak gitu ?

Ibarat kau beli barang kat pasar, nak beli bawang 10kg tapi penjual tipu berat kuranglah 2kg. Dapat 8kg je bawangnya. Tak ke nanti tak sedap masakan tu kurang 2kg bawang?

Sudah-sudahlah menipunya wahai penjual kereta. Belajarlah dengan Dato Aliff Syukri tu, dia tak pernah nak menipu dengan apa yang dia jual. Sekarang dah boleh beli “private jet”. Jual jeruk je dah boleh kaya.

Usahawan seperti itu yang kita banggakan.

Korang bangga tak ?

#scrut#scrutdulu#keretakemalangan#penipuan#kemalangan#scrutreportselamatkanaku

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid0aKJGVhHxfHxV9gLEUu4vcTd57bhTUJK2oHun8H9HAvHxwCrUkLfbWJpMB1cfLC7Al

    Leave a Reply
    created with