“Bang,kereta ni pernah kemalangan tapi dah dijual semula di applikasi ****H.MY.”

Admin
in Real Story, SCRUT On Media
Jan 13 ·

Baru-baru ni ada “SCRUT Army” hantar pada aku pasal kes kereta ni. Aku rasa kes ni dah lama dah tak silap. Mungkin dia baru tahu kot pasal kes ni.

Oh ya, mana yang belum tahu mengenai “SCRUT Army” ni korang boleh daftar di https://army.scrut.my dan kalau ternampak kereta kemalangan boleh laporkan di sini dan dapatlah ‘duit tepi’.

Janji bukan duit haram yang kau buat. Ini kerja mulia kau bantu orang untuk dapatkan gambar-gambar kereta kemalangan. Walaupun admin sering muntah hijau pasal tengok gambar kemalangan, misi tetap diteruskan.

Okay, sambung pasal kes kereta kemalangan ni kan dah memang jadi adat rasmi penjual kereta untuk tipu pelanggan. Mana mungkin mereka nak bagitahu sejarah sebenar kereta kemalangan yang dijual.

Kereta yang dah dibaiki, jual dengan harga yang tinggi dan dia “claim” kereta ni bebas kemalangan dan odometer rendah. Tapi sebenarnya dah pernah kemalangan teruk.

Kalau dah terbeli dan baru tahu kereta tu pernah kemalangan agak sukar untuk dapatkan pengadilan balik. Ya boleh laporkan ke Tribunal, tapi makan proses yang agak panjang dan jika “usedcar” taknak beri kerjasama lagi panjang.

Aku bukanlah nak takutkan korang, tapi ini adalah kenyataan yang kena hadap.

Jadi kalau taknak tertipu, kena semak dahulu sebelum membuat pembelian kereta terpakai.

Okay ?

#scrut#scrutdulu#keretakemalangan#penipuan

Original post: https://www.facebook.com/photo/?fbid=1071996168406801&set=a.577250651214691

    Leave a Reply
    created with