
Panas! Di hantaran Bro SCRUT semalam ada seorang hamba Allah ini yang ‘kantoikan’ penjual kereta dengan tangkap layar gambar odometer sebelum dia jual kereta ni dan selepas dijual.
Siap “claim” kereta untuk kegunaan hari mingguan sahaja tu. Memang hebat sungguh ilmu ‘silap mata’ penjual kereta sekarang ni.
Mengikit daripada tulisan saudara ni, kereta dia sebelum dijual dia dah ‘lenjan’ satu Malaysia dan sudah tentulah odometernya tinggi.
Bayangkan dari asal 175,000KM diubah kepada 70,000KM! Perubahan yang sangat tinggi. 100,000KM tu dah boleh buat “major service”. Pemilik baru tak tahu, lepas tu memang jahanam kereta.
Adoi!
Aku betul-betul rasa ‘bangga’ lah begini punya kreatif penjual kereta yang menipu pusing odometer. Apa lagi alasan? Ada penjual yang pernah cakap mereka tak tahu pasal odometer.
Mungkin pemilik asal yang pusing odometer dan mereka beli dan jual semula mengikut keadaaan asal. Allahu, naif sungguh kan penjual kereta.
Jujur sangat mereka ni. Yelah, bagi penjual kereta mereka cari makan dengan cara yang betul dan tidak menipu. Apatah lagi nak pusing odometer.
Korang boleh percaya ke?
Kalau nak percaya terserah!
Kalau nak percaya SCRUT, maka SEMAKLAH dahulu sebelum beli kereta terpakai.
Korang rasa-rasa kereta ni dah ada pemilik baru tak ?

#scrut#broscrut#keretakemalangan#penipuan#kemalangan#odometerubah
Original post: https://www.facebook.com/photo/?fbid=1072823404990744&set=a.577250657881357
You must be logged in to post a comment.