Cerita dia begini, abang ini datang dari Kuantan nak buat Sii (SCRUT integriti inspection) sebab ada kawan dia yang bijak cadangkan. Katanya keretanya ada bunyi “krek, krek, krek” walhal kereta dia baru sahaja dibeli dan laporan yang diberikan penjual adalah gred 5A. 5A ni kira gred tertinggi juga tau!
Cumanya laporan tersebut diberikan oleh penjual, bukan daripada SCRUT. Atas dasar kepercayaan kepada kawannya dan penjual, dia pun setuju untuk meneruskan transaksi pembelian. Disebabkan dia tak #SCRUTdulu melalui Sii, hanya percaya kawan dan laporan penjual, kejadian yang dia tidak ingini telah terjadi.
Kereta yang dibeli didapati berkarat di bahagian bawah kereta sehingga karat sudah naik ke chasis dan badan kereta. Itulah sebabnya Sii menekan kereta mesti naik host (mesin pengangkat kereta). Sii tidak dapat dilakukan tanpa hoist. Mesti dengan hoist!
Kerana itu jugalah Sii tidak dapat dilakukan di tempat penjualan kereta. Pihak kami juga tidak setuju kenapa pihak penjual tidak membenarkan untuk dibawa ke SCRUT Auto. Pasang “trade plate” dan hantar sahaja.
Pada pandangan kami, pihak yang tak berani hantar ni, biasanya mesti ada masalah yang dia nak sembunyikan. Kalau kereta yang dijual itu tiada masalah, kenapa takut nak dihantar buat Sii kan. Betul tak?
Cumanya untuk kes abang ini. Kami juga terpaksa memohon maaf kereta SCRUT AUTO tiada di Kuantan. Tapi, kami tabik semangat abang ini nak berjuang. Kami telah memberikan komitmen kami yang kami akan bersamanya kalau dia hendak menuntut ganti rugi.
Untuk cerita penuh. Sila tonton video di bawah ini. Ingat tuan-tuan, SCRUT for the TRUTH! Get SCRUT before WE get SCREWED!
Kita nak bayar dan nak pakai kereta lama. Janganlah berkira untuk buat Sii ni. Dengan Sii, kami akan berdiri teguh di belakang laporan kami. InsyaAllah..
Nak elak kena tipu? Buatlah SCRUT integrity inspection (Sii). Tempah slot di https://inspect.scrut.my/ sebelum sign agreement nak beli kereta recond atau kereta terpakai.
Ada persoalan lain? Hubungi admin Felysha di https://adminscrut.wasap.my/.
#SCRUT #Vellfire #vellfiremalaysia #Alphard #alphardmalaysia #recondcarmalaysia #recondcar #recondcardealer
Original post: https://www.facebook.com/myscrutauto/videos/2224444411221166/