fbpx

Beli kereta recond lagi murah dari beli baru!

Admin
in Real Story
Jul 29 ·

Kereta recond dari Jepun memang kegemaran orang Malaysia. Sebabnya kereta dari sana nampak lebih mewah, kondisi masih baik dan harga murah.​

Tapi nak jadi cerita, bila dah banyak sangat permintaan ni, masuk Malaysia, harga jadi mahal sikit.

Agak-agak berapa harga asal bagi kereta-kereta recond yang top kat Malaysia ni sebenarnya?​

1. Honda Odyssey​

Ini antara model kereta yang top untuk keluaran Honda. Ada dua jenis model yang jual kat Malaysia.​

Harga model rasmi Oddyssey 2.4 ialah RM249k.​ Kalau tempat duty free macam Langkawi dan Labuan, harga lebih murah RM175,500.​ Kalau recond pula, dari tahun 2015 hingga 2018, harga dari RM115k hingga RM185k.​

Model yang paling baru di Jepun dijual dengan harga RM139,200 hingga RM156,500 untuk petrol.​ Kalau hybrid, RM167,200 hingga RM182,400.​

2. Toyota Alphard​

Ini ​ memang jadi kegemaran orang Malaysia yang berkeluarga besar. Memang luas dan selesa. Lebih-lebih lagi untuk perjalanan jauh.

Untuk Model Rasmi Toyota Malaysia, harga RM446,600. Kalau duty free RM258,200.​ Kalau recond antara tahun 2015 hingga 2020, harga masih tinggi. RM220,000 sampai RM310,000.​

Dekat Jepun, RM133,500 hingga RM294,000. Memang jauh lagi murah.​

3. Toyota Estima​

Sebelum munculnya Alphard dan Vellfire, Toyota Estima ni paling hot. Pilihan utama juga untuk yang ada keluarga besar.

Cuma Estima ni dah tamat produksi sejak 2019 lagi.​ Model yang rasmi di Malaysia tahun 2014 diberi nama Toyota Previa yang jual pada harga RM258k. Specs nya kurang sikit dari versi Jepun.​

Ramai pilih recond tahun 2015 dan ke atas. Sebab harga lebih murah, antara RM120k hingga RM195k.​

4. Toyota Harrier​

Ini memang kegemaran para jejaka. Design agak sporty sikit, tak macam kereta mak-mak nak bawa.​

Model rasmi di Malaysia jual pada harga RM249,700 dan duty free RM161,500. Recond pula untuk tahun 2016 jual pada harga RM145k dan kalau lebih baru RM195k.​

Di Jepun, model terbaru dijual lebih murah daripada Malaysia. iaitu antara RM120k hingga RM205k.​

5. Toyota Vellfire​

Ini kembar kepada Alphard. Yang ni pun biasa kita nampak orang keluarga besar, artis atau yb-yb pakat naik. Sekarang bersepah juga dekat jalan raya. ​

Model rasmi di Malaysia jual pada harga RM367,800.​ Harga bagi recond dari RM180k hingga RM275k.​

Duty free pulak RM218,750.​ Kalau harga di Jepun, model dan specs yang sama boleh dapat RM133,500 dan high specs pula RM295k.​

6. Toyota Wish​

Wish ni model lama. ​ Sudahpun tamat produksi sejak tahun 2017. Memang hot dalam kalangan peminat kereta recond ni. Sampai sekarang masih ada peminat tersendiri. ​

Di Jepun, Toyota Wish kira MPV paling murah sebab dijual pada harga RM72k hingga RM98k.​ Recond di Malaysia pula untuk tahun 2015 – 2017, harga boleh mencecah RM80k hingga RM95k.​

Agak jauh juga beza harga pasaran Jepun dengan Malaysia kan? Kalau dekat Jepun dah dapat model yang baru.

Kalau nak tahu apa faktor-faktor yang buat harga recond di Jepun dan di sini berbeza boleh baca di post ni https://www.facebook.com/scrut.my/posts/1067589050392940​

Jadi, ada ke tu kereta recond Jepun yang memikat hati?​

SCRUT for the TRUTH!

1. Nak check auction report kereta recond?

https://www.scrut.my

2. Nak view kereta-kereta yang cantik ikut syarat SCRUT?

https://scrut.my/listing

3. Nak inspection kereta anda? Used atau recond? Untuk tujuan jual atau beli?

https://inspect.scrut.my

4. Nak SCRUT company?

https://interepo.com/

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/1147358325749345

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with