TAPI, KENAPA ADA “MILEAGE” TINGGI JUGA, SAMA JE MACAM DI MALAYSIA?
Usaha kami ziarah di negara matahari terbit ni bukanlah sekadar ziarah, ia adalah pengorbanan dan jihad kami memerangi penipuan KAPITALIS JAHAT!
Kebanyakkan penjual kereta akan beritahu orang Jepun tak pakai kereta sangat sebab itu “mileage” rendah. Bro SCRUT tanya sendiri dekat orang Jepun yang pandai cakap bahasa Inggeris, diodang pakai je macam biasa.
Kereta Alphard, Vellfire dekat sini macam kereta Myvi je dekat Malaysia. Sampai geng ‘kanda’ di Malaysia pun riuh pakai kereta Alphard sambung bayar.
Jadi, kenyataan penjual kereta “recond” bagitau “mileage” rendah sebab orang Jepun tak bawa kereta sangat, sah PENIPU!
Korang nak percaya penjual kereta, terpulanglah.
Taknak percaya SCRUT pun tidak mengapa, bak kata Boss SCRUT,
dunia ni, ada SETAN dan MALAIKAT.
ada orang baik, ada yang jahat.
Nak masuk syurga kena USAHA,
Taknak kena tipu pun kenalah USAHA!
Sekian dari negara matahari terbit.
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/videos/556094844250402/