Ada orang tunjuk kat Uncle ada satu penjual kereta ini anti-SCRUT dan pro-penjual kereta total loss dan penjual hood celup claim ori.
Takpa Uncle jawab supaya korang semua faham. Isu data SUR dan ASUR, adalah data kemalangan yang didaftar dan dilaporkan. Makna kata, kemalangan yang “significant”.
Logiknya, kalau kemalangan ringan, mungkin claim, mungkin tak. Tapi kalau kemalangan yang berat. Hanya sibodo sahaja tak claim. Apa tujuan kau bayar insurance kan?
Cerita-cerita macam ni susah kita nak verify melainkan kita bawa buat inspection. Biasanya cerita-cerita begini, hanya ciptaan penjual kereta yang membenci SCRUT. Kenapa dia benci SCRUT?
Pasal Sii (SCRUT integrity inspection) bukan RM400, tapi RM350. 2 Jam inspection, cucuk OBD, naik hoist, 120 detail points, road test dan bersistem. Inspection ini adalah ilham korang dulu. Ingat tak?
Nak inspect atau tidak itu pilihan pembeli. SCRUT hanya bagi cadangan jika nak tahu lebih detail, apa yang rosak, apa yang kemalangan, memang kena masuk inspection. Tapi, kalau nak percaya penjual, silakan. SCRUT tak paksa pun.
Bab tabur pasir tu agak kelakar. SCRUT tabur pasir kat mana? Berdekad lama kita dah kena tipu, kena tipu terbeli kereta total loss, terbeli kereta part celup, terbeli kereta banjir.
Apa pandangan korang?
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid02FyXmab9YmMvribUqXWJzgvmtvTQR1QLvjjge9hPGWpJC11A42DwwY3TvsBtd4B1hl