Betul ke “usercar” dijaga oleh kongsi gelap?

Admin
in Real Story, SCRUT On Media
Jan 13 ·

Ramai yang hantar video ni dekat aku dah minta aku komen pasal ni. Aku sebenarnya malas nak komen sangat sebab memang dah tahu lama pasal hal ni. Lebih-lebih lagi yang cakap tu penjual kereta yang membenarkan kerja-kerja kotor “adjust mileage”.

Cuma mana yang tahu, tahulah. Tapi aku nak ucap terima kasihlah kerana mengaku yang asal usul industri kereta terpakai ini memang ada penglibatan kongsi gelap.

Memang jujur lah Bro Wong ni. Tapi jual kereta kenalah jujur. Kenapa nak kata boleh “adjust” sikit-sikit. Itu tak jujut apek. Itu tipu orang. Mungkin hanya untuk tujuan “marketing” sahaja kenyataan itu dikeluarkan.

Sisi dunia gelap penjual kereta ni dah lama di jaga oleh tangan ghaib yang mengatur. Sebab itulah banyak kereta yang boleh diubah odometer, kereta pernah kemalangan tapi diberitahu kereta bebas kemalangan.

Tak terkejut kan?

Sebab itu juga ramai pembeli yang dah terbeli kereta kemalangan, nak minta gantirugi pun takut. Nak pergi berjumpa dengan penjual kereta pun takut.

Nasib baik aku dibekalkan sedikit keberanian untuk pergi mengadap penjual-penjual ni. Bukanlah ada ilmu ke apa, tapi aku pegang pada ketakutan pada Allah SWT.

Buat apa takut dengan manusia kan?

Apa-apa pun aku ingatkan pada semua, sebelum nak beli kereta SCRUT dulu. Kita tak mampu nak hapuskan, kita elakkan dari tertipu.

Faham kan?

#scrut #broscrut #scrutreportselamatkanaku #odometerubah #kongsigelap #keretakemalangan #penipuan

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/videos/1384527452642659/

    Leave a Reply
    created with