fbpx

Bobie Farid dan Onexox tarik saman – Mereka kekal bukan syarikat majoriti bumiputera atau 100% bumiputera!

Admin
in Uncategorized
Sep 13 ·

Kelmarin Bobie Farid dan Onexox Sdn Bhd telah menarik saman bernilai RM15 juta terhadap aku, Nik Izwan dan Nazim. Dengan penarikan ini, terbukti yang Bobie Farid dan Onexox mengaku kalah yang mereka bukan syarikat bumiputera (majoriti atau 100% bumiputera).

Aku, Nik Izwan dan Nazim telah disaman oleh Bobie Farid (CEO Onexox) dan Onexox sekitar tahun 2021 kerana kami telah menerbitkan artikel tentang Onexox. Aku mengatakan ia bukan 100% milik bumiputera dengan aku membuktikan kenyataan aku melalaui data-data rasmi SSM dan macam-macam lagi.

Manakala Nik pula telah mengkritik kebebalan Bobie Farid memahami isu “corporate governance” dan membalas fitnah-fitnah yang dia keluarkan terhadapnya. Nazim pula menulis tentang Onexox bukan milik bumiputera berdasarkan ilmu dan pengetahuannya sebagai “charted accountant”.

Aku sudah siap sedia untuk berlawan di mahkamah. Aku dah siap sedia nak bergelak-bergelak di mahkamah setelah membaca kenyataan saksi mereka. Kalau langau-langau hijau (kini langau hitam) datang dengar nanti soal balas dalam mahkamah, mesti diorang akan malu. Malu semalunya.

Yang lebih kelakar, yang saman kami Bobie Farid dan Onexox, tetapi dalam senarai saksi mereka langsung tiada pengarah-pengarah Onexox. Jadi, pihak kami tolong sepina (subpoena) mereka. Yang lagi kelakar, wakil pengarah One Telco (syarikat rakan kongsi Onexox) pun tak disenaraikan menjadi saksi.

Pleading (tuntutan) mereka pula tak tentu arah, dokumen mereka pun pun merepek-repek dan kucar kacir. Jadi, tahap keyakinan aku nak menang adalah 99%. Tapi, tahap keyakinan aku akan berhibur dan ketawa besar di mahkamah tengok Bobie Farid dan saksi-saksi dia akan mengarut adalah 999%. Aku percaya ia hiburan untuk aku gelak ketawa nanti.

Kelmarin sepatutnya menjadi hari pertama perbicaraan kes kami setelah sekian lama tertangguh. Aku sangat bersemangat. Malangnya aku terkena keracunan makanan. Mungkin kerana malam semalamnya aku telah balon mi kolok yang diterbangkan dari Sarawak yang mungkin telah tercemar kerana terlalu lama berada dalam suhu tidak selamat.

Jadi, aku sampai lewat di mahkamah. Sampai-sampai, semuanya sudah selesai. Aku percaya antara sebab utama adalah pihak mereka sedar yang mereka akan kalah teruk dan akan memalukan diri sendiri di dalam mahkamah nanti jika diteruskan. Selain itu, kehebatan sahabat kami, Dr. Mahmud Jumaat yang aku anggap pakar dalam saman fitnah bijak bernegosiasi dengan hakim dan peguam pihak sana.

Dengan kejayaan ini. Maka jelaslah kenyataan konon Onexox adalah syarikat bumiputera yang dijelaskan oleh pengerusi mereka, Dato Azim Zabidi adalah dusta belaka. Penerangan Bobie Farid kepada langau-langau hijau dulu pun bersifat delusional dan syok sendiri. Tidak berpandukan fakta yang sahih dan kefahaman yang benar dalam tadbir urus korporat.

Jelas hari ini, langau-langau hijau sangat kasihan. Beriya-iya mereka menyerang kami dulu sehingga buat buli siber terhadap sesiapa yang mengkritik Onexox. Sehingga isteri Nazim yang tidak terlibat pun diserang mereka. Tetapi, akhirnya hari ini idola dan bos mereka menarik diri di saat akhir yang menyebabkan kami menang bergaya.

Yelah, pihak Bobie dan Onexox setuju bayar kos kami walaupun dia yang saman kami. Dia saman kami, dia tarik diri, dia kena bayar kami. Tak bergaya ke?

Aku berharap pihak Bobie Farid dan Onexox bermuhasabah dan “come clean” tentang status bumiputera. Tiada masalah pun ia dikuasai Xox Berhad, kartel mendiang Eddie Chai. Nak berniaga, berniagalah. Tapi, jangan tunggang status bumiputera jika di atas kertas rasmi ia tidak berlaku.

Nasihat aku kepada masyarakat, jangan biarkan diri kita mudah ditipu. Ingat, SCRUT dulu!

ps : Aku bawa mic indoor, tak bawa mic outdoor. Maaf!

(Disalin daripada page Aliff Ahmad)

Original post: https://www.facebook.com/watch/?v=1325914548793416

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with