Ada seorang penjual kereta. Dia masuk nak mengecam SCRUT. Disebabkan kehabisan hujah. Maka dia suruh SCRUT buat SUR (SCRUT Usedcar report) dengan harga RM30.
Rasanya Uncle dah terangkan banyak kali. Kalau kos kami rendah, kami memang akan jual ikut harga kos kami. Malangnya, harga data pun tak murah, gaji pekerja pun tak murah, takda pekerja SCRUT yang makan pasir.
Katanya, dulu orang tak pakai pun SCRUT. Hari ni je orang pakai. Dulu bawa pomen je, tanya-tanya dan percaya je penjual. Senang nak jual kot dulu. Ini hari, orang dah pandai guna SCRUT. Dia panas sikit kot.
Tapi, kalau ada orang boleh dapatkan data dengan harga yang lebih baik. SCRUT boleh jadi “reseller” sahaja. Tolong jual. Masalahnya kos kami tidaklah murah. Itu sahaja. Banyak proses dan modal yang perlu dibayar.
Jadi, Uncle nak tanya penjual kereta ini. Boleh tak jual dekat Uncle Vellfire di bawah ni dengan harga RM30,000 sahaja. Kalau tak boleh, kenapa?