fbpx

Bulan depan, bulan Julai, boleh ambil BM paper July!

Admin
in Uncategorized
Jun 14 ·

Uncle rasa dah sebut banyak kali dalam sistem insurance. Tapi masih dungu tanya soalan yang sama berulang-ulang. Konon-konon macam ilmiah, disambut oleh budak-budak Honda Jebon dan Honda Megi.

Takpa, Uncle suka ulang. Kerja Uncle kan. Uncle takda buat projek adjust insurance macam orang lain. Jadi, kena amanah dalam pekerjaan. Cerita dia begini.

Data SCRUT USEDcar report (SUr) adalah data laporan kemalangan. Dan tujuan SUr memang nak bagi laporan kemalangan kepada pembeli kereta terpakai. Itu saja fokusnya.

Kalau syarikat insurance nak block mana-mana kereta, itu hak dia. Dia taknak meniaga dengan siapa, dia punya suka. Tanya SCRUT buat apa, tanyalah syarikat insurance.

Isunya simple je. Kereta itu dah di-declare total loss (BER), mungkin sebab under declared. Itu sebab ada isu spec tak sama. Dalam masa yang sama dalam rekod insurance menunjukkan no chasis yang lain.

Uncle malaslah nak goreng lebih-lebih. Nanti kalau kena siasat, ramai pula yang terlibat. No chasis lain tapi boleh claim. Buat insurance pakai no chasis lain. No chasis lain kena block, yang accident tak kena katanya.

Entahlah.

Isu di sini adalah dapatan sistem SCRUT tepat. Ada kemalangan dan total loss. Yang lain-lain tu, korang boleh gorenglah apa. Kerja SCRUT just kasitau kereta itu ada sejarah kemalangan ke tidak.

Korang nak beli ke, taknak ke. Bukan masalah SCRUT. Uncle tahu yang sentap lebih ni puak-puak salesman, broka dan usedcar dealer je. Yelah, selama meniaga menipu.

“Tiptop condition, accident free, haji’s owner, low mileage!”

Berapa ramai orang contact SCRUT cerita pengalaman dia bila nak jual kereta, tak boleh. Sebab terbeli kereta terpakai accident. Yang ajaibnya, masa beli boleh tukar nama.

Korang nak bersubahat dengan puak-puak kapitalis jahat penjual kereta terpakai ni ke?

😉
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid0WgCBn2FvAAQke995u6V4Swq49tfuF4Lk9nkBQNj9ioEWrTbhMCYNDAqMjtqguPYUl
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with