Kereta baru dah banyak gunakan mod ECO. Biasanya butang berwarna hijau dan ada tulis ECO bila dah diaktifkan.
—
Apa fungsi ECO ni?
Mod ECO ni untuk bantu memaksimumkan penggunaan bahan api secara efficient.
Bila kita aktifkan mod ECO, sistem akan sekat prestasi transmisi, trenkuasa dan aircond.
—
Apa kesannya pada prestasi kereta?
ECO akan bagi kesan terhadap prestasi kereta dari segi daya pecutan kurang responsif dan kurangkan poin nak tukar gear transmisi.
Bila mod ECO aktif, kereta akan jadi lebih perlahan. Itu normal! Sistem tengah usaha untuk minimumkan kelajuan enjin dan beban.
Pedal minyak pun rasa berat sikit sebab sistem tak benarkan terotal buka luas. Kita tak dapat nak pijak pedal secara mengejut atau kasar.
Kemasukan bahan api ke tempat pembakaran pun akan terkawal. Jimat minyak!
—
Aircond pun terkesan?
Sistem ECO akan kurangkan beban komponen aliran udara sejuk.
Kompresor aircond akan dikawal dengan berfungsi ikut mode cut-off dan kelajuan kipas dikawal.
Ambil masa sikit lah kereta nak sejuk bila cuaca panas!
—
Nak aktifkan mod ECO?
Kalau dah ada butang ECO, tekan saje!
Ada di dashboard, stereng atau konsol tengah. Ataupun ada kat tombol dial rotari yang tukar mod pemanduan atau pada digital screen.
—
Bila sesuai nak pakai mod ECO?
Bila-bila je. Tapi digalakkan untuk guna masa traffic jem dan kalau drive kat kawasan perumahan sebab tak perlu kuasa prestasi kereta yang tinggi.
—
Kereta ada problem boleh hantar ke Scrut Auto, kami setel kan!
Isnin – Sabtu: 8.30 pagi sampai 5.30 petang
01116222987
0342665556
Booking Online for Service :
SCRUT AUTO SDN BHD
232, Lorong Auto Nibong Taman U-Thant,
Original post: https://www.facebook.com/myscrutauto/posts/315060610166123