Masa awal-awal SCRUT muncul dulu, ramai yang cadangkan SCRUT buat inspection. Mula-mula kami rasa macam takda keperluan, tetapi melihat mereka serius, jadi kami lakukan.
Itu sebablah SCRUT lahirkan Sii (SCRUT integrity Inspection) yang dikelolakan oleh Scrut Auto. Tujuannya untuk memastikan grade dengan lebih detail dan jelas.
Sebelum ini, ada seller duduk cerita pasal dah bagi warranty. Bila dah bagi warranty boleh tipu ke? Warranty pun bukan cover semua perkara. Betul tak? Pasti ada syarat-syarat yang mereka dah tetapkan.
Cumanya, Uncle nak ingatkan sekali lagi. Asas umur kereta adalah mileage. Walapun tahun keluaran kereta baru 2 tahun tetapi mileage sudah 150,000km, kereta itu bukan berusia 2 tahun lagi.
Normal maksimum penggunaan kereta setahun hanyalah 30,000km. Jadi, jika sudah sampai 150,000km, maka usia kereta tersebut adalah 5 tahun dan sepatutnya sudah 1 kali major servis.
Itu sebablah sebenarnya warranty itu hanyalah cara mereka nak menutup penipuan mereka. Iyalah, ngam-ngam lepas warranty habis, rosak. Rosak disebabkan wear & tear yang kita salah jangka dek kerana mileage telah diubah!
Cuba tengok kes ini. Chasis crack! Warranty cover tak? Tidak bukan? Kalau perkara dah setel, kenapa owner ini merentan? Itu sebablah, budaya #SCRUTdulu mesti diteruskan. Jangan layback! Jangan leka!
Memang kononnya ramai yang telah berubah selepas SCRUT lahir. Kononnya sahaja. Tapi hakikatnya, perangai seller kekal perangai seller. Bila takda yang bising, mereka kembali ke perangai lama.
Ingat anak-anak sekali, pesan Uncle dalam lagu SCRUT – Roh Marhaen..
Make sure korang #SCRUTdulu, nanti dah terkono baru nak mengadu kat Uncle. Agreement dah sign, kereta dah terima kena hadap jela. Itu sebab kena guna hak membeli kita sebelum terkono. Faham?
Suruh seller bawa kereta yang anak-anak nak beli tu bawa ke Scrut Auto buat Sii, suruh minta beli report SCRUT juga. Jangan percayalah report seller tu, dah banyak kes tampered report Uncle dapat.
Diorang untung ribu-ribu, anak-anak nak pakai kereta tu 5-10 tahun. Nak bayar loan 5-9 tahub. Apalah takat nak suruh seller #SCRUTdulu. Kalau kereta dia jual takda masalah kenapa takut?
Betul tak?
Pasal inspection ni kalian yang cadangkan dulu, kalian kena sampai-sampaikan supaya menjadi amalan masyarakat sejagat! Ia memang cadangan yang sangat bernas!
Sini untuk booking https://inspect.scrut.my/
Ingat anak-anak, jangan biarkan diri kita terus ditipu. SCRUT for the TRUTH! Get SCRUT before WE get SCREWED!
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid02VXsnq28zRnoAoGqFgnRZvmBWWvG48Nd3MEaYcSCyZWSrW5DakZL7PigMzKiYHTHul